Nampaknya, baru sahaja rakyat Malaysia mahu menarik nafas lega kerana penurunan kes jangkitan Covid-19, kita dikejutkan lagi dengan kenaikan mendadak jangkitan tersebut. Ini mencetuskan panik dalam kalangan rakyat dan ramai menyedari bahawa bahaya jangkitan ini masih di tahap yang serius.
Oleh itu, ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya bagaimana untuk mengesan jika badan kita sudah terdedah dengan Covid-19? Oleh itu, seorang doktor berkongsikan 6 tanda-tanda yang anda boleh kenalpasti supaya boleh dapatkan rawatan dengan segera. Ingat, anda mungkin mangsa yang seterusnya!
TANDA JANGKITAN COVID-19 MAKIN SERIUS
Berikut merupakan tanda-tanda jangkitan wabak COVID19 yang makin serius:
1. Sesak nafas atau nafas berbunyi
Sekiranya mengalami gejala ini,beritahu staff kesihatan secepat mungkin supaya mereka boleh memeriksa paru2 anda dan mengesan paras oksigen dalam badan secepat mungkin
2. Sakit dada yang berpanjangan
Beritahu staff jika anda mengalami sakit dada yang berterusan.
3. Batuk berdarah
Perhatikan warna kahak anda. Batuk berdarah mungkin boleh jadi warna merah darah atau keperangan. Jika tak pasti,simpan kahak dalam plastik spesimen yang disediakan dan tunjukkan pada staff kesihatan yang menjaga.
4. Cyanosis atau kebiruan pada kulit
Perhatikan warna jari dan bibir anda/ahli keluarga. Kebiruan menunjukkan paras oksigen yang rendah dalam badan. Bertindak cepat! Beritahu staff jika anda mengalami sakit dada yang berterusan.
5. Cirit birit/muntah/kurang selera makan
Jika berterusan,badan anda kehilangan banyak air dan garam dari badan. Jika ini berlaku,buah pinggang mungkin boleh gagal. Tindakan awal mampu menyelamatkan nyawa.
6. Letih yang melampau
Jika anda rasa lesu yang teramat sangat,ini menunjukkan jangkitan semakin serius dan anda perlu dipantau rapi.
Jadi, ingin diingatkan pada semua, kita seharusnya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan itu sahaja, sentiasa mengamalkan hidup yang sihat dan menjaga kebersihan diri.
Sumber: Dr.HafizahMH