Rakyat

5 Persediaan ‘Normal Baharu’ Untuk Rakyat Malaysia, Kita Jaga Kita!

20
SHARES

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu perubahan baru buat semua rakyat Malaysia. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia, semua rakyat tidak dibenarkan untuk keluar melakukan aktiviti yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Bagi sesetengah pihak, mereka merasakan perkara ini seperti beban buat mereka.

Namun begitu, dengan adanya PKP, ianya tidak langsung telah menunjukkan betapa komitednya seseorang itu dalam melakukan perkara yang selari dengan arahan yang diberikan. Banyak perkara yang berubah sejak PKP dijalankan. Malaysian Health Coalition, melalui laman twitter mereka memberikan peringatan buat semua berkaitan PKP ini.

Persediaan Ke Arah Kebiasaan Baharu

Pesanan daripada doktor, jururawat dan pakar kesihatan ini adalah berguna untuk kita membuat persediaan ke arah kebiasaan baharu. Bersabar untuk keesokan yang lebih baik. Walaupun perkara banyak berubah ketikan ini, tapi adat dan budaya semua tidak sedikitpun terjejas. Ini adalah 5 pesanan buat rakyat Malaysia.

1 : Niat kita kekal sama

Buat penganut beragama Islam, ibadat dan tradisi dalam bulan Ramadan yang bakal tiba, masih boleh dinikmati bersama. Keluarga jauh digalakkan berkumpul secara atas talian, sementara keluarga kecil kekal di rumah untuk berbuka puasa

2 : Seluruh rakyat Malaysia bersama anda

Meskipun melalui tempoh PKP, perayaan seperti Tahun Baru Tamil, Minggu Suci, Qing Ming, Vaisakhi dan Vishu tetap disambut, tetapi dengan cara yang berbeza. Pemimpin-pemimpin agama digalakkan mencari kaedah sambutan yang inovatif.

3: Masa untuk bermuhasabah

Ini merupakan peluang terbaik untuk bermuhasabah diri dalam aspek kerohanian mengikut amalan keagamaan kita. Keteguhan iman kita diduga dalam suasana getir ketika ini, dan kita dinasihatkan supaya mengawal diri serta melindungi sanak-saudara.

4: Lebihkan amalan berkongsi, kurangkan pembaziran

Jika barang keperluan anda lebih daripada mencukupi, berkongsilah dengan mereka yang kekurangan. Elakkan pembelian panik dan penyimpanan barangan runcit secara berlebihan. Pembelian berhemah adalah salah satu cara perkongsian.

5: Semarakkan semula semangat Muhibbah

Virus tidak mengenal golongan kaya mahupun miskin. Ia tidak dapat membezakan kewarganegaraan, bangsa atau agama. Kita perlu terus maju dengan berbuat baik dan bertolak-ansur antara satu sama lain. Bersama-sama kita menempuh keadaan ini.

Selari dengan kata kata, let us work together as Malaysians! Sama sama kita boleh jaga kita!

Sumber : Malaysian Health Coalition

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×