Asuh

10 Hiasan Makanan Kanak-kanak Yang Comel

11
SHARES

Hiasan Makanan Kanak-kanak

Anak susah makan? Kita suap, dia asyik lari. Biasakah berlaku kejadian seperti ini? Penat jadinya.

Risau tentang anak

Acapkali perkara begini menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Namun, bukannya ibu tidak mahu berikan makanan, tetapi anak itu sendiri yang tidak mahu diberikan makanan. Ya, agak rumit. Hanya yang pernah merasainya akan mengetahui betapa sukarnya keadaan ini.

Makanan berkhasiat

Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan berkhasiat. Kalau gula-gula atau aiskrim, tidak perlu disuruh pun. Lumrah kanak-kanak sukakan makanan manis. Tambahan yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Kadang-kadang, terpaksa memaksa, buat helah dan menipu supaya mereka makan. Tapi, cara sebenar untuk pastikan anak-anak makan bukanlah dengan paksaan. Lebih baik kalau secara berterusan dan kreatif.

Kadang-kadang kanak-kanak tidak mahu makan makanan yang sama. Apa kita ambil pendekatan yang sedikit berlainan, dengan menghias makanan tersebut? Pasti anak-anak akan teruja.

Semoga gambar-gambar di bawah ini bakal memberi sedikit idea dan inspirasi.

Hiasan makanan kanak-kanak Hiasan makanan kanak-kanak Hiasan makanan kanak-kanak Hiasan makanan kanak-kanak Hiasan makanan kanak-kanak Hiasan makanan kanak-kanak Hiasan makanan kanak-kanak Dekorasi makanan kanak-kanak Dekorasi makanan kanak-kanak Dekorasi makanan kanak-kanak

Akhir kata

Begitulah serba-sedikit idea seni hias makanan untuk anak-anak.Masa suap anak,cuba jadi lebih kreatif. Misalnya, jika makanan itu berbentu haiwan, buat-buat bunyi haiwan tersebut.

Ambil makanan tersebut dan buat-buat haiwan tersebut akan gigit anak kita kalau dia tidak makan sampai habis. Jika anak aktif, kejar anak dengan makanan itu sambil buat-buat bunyi.

Jika hias makanan juga tidak jalan, cuba 5 cara yang lain pula. In Shaa Allah berkesan. Cubalah!

Sumber: hellowonderful.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×