Asuh

Percaya Tak, Ini 9 Cara Si Kecil Ucapkan “I Love You”

1.6K
SHARES
tunjukkan kasih sayang

“Mimi, mama dah sakit perut sangat ni. Sudah-sudahlah peluk mama dari tadi. Mama janji mama masuk bilik air sekejap aje. Nanti lepas mama dah keluar dari bilik air, Mimi boleh peluk mama lama-lama okay?”

Aduh, siapalah yang tak pening kepala dengan anak yang berperangai macam ni. Pantang hilang kelibat mak atau ayah, mulalah menangis, berlari-lari sambil meraung mencari-cari mana perginya mak atau ayah.

Ditinggalkan semua permainannya. Tak boleh nak berenggang langsung walau seminit dua, kena duduk sahaja depan mata anak. Hendak ke tandas pun payah, bukan?

Si Kecil Juga Ingin Tunjukkan Kasih Sayang Mereka

Tahukah anda, bahawa sebenarnya itu adalah salah satu cara anak kecil menunjukkan rasa sayangnya?

Ya, mungkin anak tidak tahu bercakap seperti orang dewasa untuk tunjukkan kasih sayang. Jadi, mereka memilih untuk menzahirkannya melalui perbuatan.

Jadi jangan marah atau pukul mereka jika anak melakukan perbuatan ini ya.

bahaya bayi jatuh katil

Foto Kredit: crosswalk.com

Ini 9 Cara Si Kecil Ucap “I Love You”

1. Melambat-lambatkan Masa Anda

Sudahlah anda mengejar masa untuk ke pejabat dan perlu hantar anak ke taska, tapi si anak masih terkial-kial untuk pakai baju yang anda sudah sediakan di atas meja sejak malam tadi.

Seolah-olah sengaja melengah-lengahkan masa anda sehingga menguji kesabaran anda pagi-pagi.

Sebenarnya: Anak rasa sukar berjauhan dengan anda dan akan sentiasa mencari jalan agar masanya bersama anda dapat dipanjangkan.

2. Suka Mengajak Anda Berlari Sama

ayah superhero anak

Cari suasana santai untuk mentarbiahkan anak. / Foto Kredit: wendyvandam.nl

Anak suka ajak anda berlari, melompat, ikut permainannya.

Apabila anda menyuapkan makanan pun, anak kecil anda pasti akan berlari sehingga anda perlu mengejarnya. Setiap kali tiba waktu makan, rutin anda adalah berkejaran dengannya semata-mata mahu mengisi perutnya.

Sebenarnya: Anak meletakkan kepercayaan kepada anda, kerana dia tahu setiap kali dia berlari, anda pasti sentiasa berada di belakangnya.

3. Mesti Bawa Barang Kesayangannya

Tidak kiralah beg, patung atau bantal ‘busuk’, tak boleh tak ada bersama dengannya. Boleh mengamuk jika barang ini jauh daripadanya.

Sebenarnya: Barang kesayangannya itu mewakili sebahagian anda lebih-lebih lagi apabila perlu berjauhan dengan anda seketika. Secara tidak sedar, inilah cara mereka tunjukkan kasih sayang kepada anda.

Dengan ‘anda’ di sisinya, anak akan rasa selamat dan membenarkan anda berjauhan darinya. Jangankan anak kecil, anak yang sudah remaja pun ada yang akan bawa pakaian ibu atau bapa apabila dihantar ke asrama.

Bukan apa, untuk hilangkan rindu!

4. Bermain Dengan Makanan

Apabila disuap tak mahu makan. Tapi, jika diberi makan sendiri, habis disepahkan semua makanan. Yang masuk dalam mulut boleh dikira beberapa suap sahaja.

Sebenarnya: Anda suka bereksperimen dengan semua benda di hadapannya. Berilah apa sahaja, semuanya menjadi bahan ujikaji untuk memuaskan perasaan ingin tahu.

Selesai eksperimen dengan makanan, dia pasti mahu berkongsi hasil ujikajinya dengan anda. “Sharing is caring”, inilah satu lagi cara mereka tunjukkan kasih sayang!

5. Bermanja

Tidak kira waktu, anak anda mahukan belaian anda. Sebelum tidur, perlu dinyanyikan dulu atau memeluk anda sehingga terlena.

Sebenarnya: Pelukan daripada ibu dan bapa bukan sahaja memberi kehangatan malah memberinya keselesaan. Memeluk anda juga adalah cara paling selalu anak lakukan untuk tunjukkan kasih sayang mereka.

6. Menunggu Anda Di Pintu

cara anak tunjukkan kasih sayang

Foto Kredit: tchd.org

“Yey, mak dah balik”. Itu yang pasti anda dengar sebaik melangkah masuk. Dari jauh, kelihatan anak anda sudah berlari-lari kegirangan, tidak sabar mendapatkan anda.

Sebenarnya: Anak membina kepercayaan anda akan balik semula setiap kali keluar dari rumah. Apabila anda tiba di pintu, anak percaya bahawa ibu atau bapanya tidak akan meninggalkannya.

Malah, mereka mahu menjadi orang pertama menyambut anda di muka pintu. Begitulah betapa anak anda bersemangat untuk tunjukkan kasih sayang mereka kepada anda.

7. Berkongsi Makanan Dengan Anda

Tanpa anda pinta, anak akan berikan makanannya pada anda.

Sebenarnya: Susah untuk anak berkongsi makanan dengan sesiapa sahaja walaupun adik-beradik. Tapi apabila dia sudi berkongsi apa yang ada di tangannya dengan anda, bererti andalah orang yang disayanginya.

8. Menunjukkan Hasil Kreativitinya

Setiap kali anak menconteng di kertas atau berjaya menyiapkan hasil mewarna, dia akan segera menunjukkannya pada anda.

Sebenarnya: Anak yakin untuk berkongsi hasil seninya kerana apa yang dihasilkannya adalah sebagai tanda kasih pada anda, atau setidaknya, untuk membuat anda bangga dengan usaha mereka.

Percaya atau tidak, kebanyakan contengannya mesti ada objek orang di dalamnya. Itulah anda!

9. Lakukan Rutin Yang Sama

Anak tidak pernah ‘boring’ dengan rutin yang sama. Misalnya bacakan buku sebelum tidur atau mintakan anda masak sup yang sama setiap hari.

Sebenarnya: Anak suka apa yang dilakukan setiap hari bersama anda apatah dapat meluangkan masa bersama anda yang disayanginya. Sebab itu, anak tidak akan merungut apabila lakukan rutin yang sama.

tunjukkan kasih sayang

Foto Kredit: bellybelly.com.au

Jangan Terlalu Cepat Melabel Mereka ‘Manja’

Anak kecil anda tidak akan kecil selamanya.

Maka, berilah mereka memori yang terindah sepanjang zaman kanak-kanaknya.

Anak yang kecil akan membesar dan anda pasti akan merindui saat itu. Oleh itu, gunakan masa yang ada untuk tunjukkan kasih sayang anda padanya dan berikan anak peluang yang sama untuk membalasnya dengan cara tersendiri!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×