Asuh

Jangan Risau Anak Masih Kecil & Tak Faham, Ini Kelebihan Bawa Mereka Pergi Zoo Di Usia Muda

8
SHARES

Tidak sah kalau anak-anak kita tidak meminati haiwan bukan? Memperkenalkan jenis-jenis haiwan secara ‘live’ dan bukan secara ‘virtual’ kepada anak-anak yang kian membesar merupakan satu tindakan baik dari ibu bapa. Ini menjadikan anak-anak lebih peka dengan kehidupan semulajadi yang lain dan menjadikan mereka lebih berani.

Oleh itu, salah satu cara untuk memperkenalkan jenis-jenis haiwan adalah dengan membawa mereka ke zoo. Namun, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang risau sama ada sesuai atau tidak peringkat umur anak-anak mereka yang terlalu muda untuk dibawa ke zoo. Ini perkongsian yang ibu bapa boleh ambil sebagai panduan.

Bila boleh bawak anak ke zoo?

Anak masih kecil dan percakapan anak masih belum lancar, apatah lagi mahu bertanya itu dan ini, jadi, wajar ke nak bawak anak ke zoo? Faham kah dia binatang apa yang dia lihat tu? Lagipun dia tak kan ingat apa yang dia lihat di zoo?

Pertama sekali, ibu bapa perlu memahami perkembangan kognitif anak dari sudut pandang anak tu dan bukan dari sudut pandang kita orang dewasa. Anak-anak dilahirkan dengan berbillion sel otak (neurons) dan neurons ini perlu dihubungkan utk anak dapat berkembang secara optimum. Jadi, bagaimana zoo boleh membantu perkembangan anak kecil kita sedangkan anak tak reti bercakap lagi?

BAGAIMANA ZOO BOLEH BANTU PERKEMBANGAN ANAK KECIL?

1. Bila kita pergi zoo, ada macam-macam bau, warna dan tekstur yang anak boleh bau/lihat/rasa. Walaupun anak tak tau apa yang dia sedang alami tu (bau binatang,warna hijau daun,rasa arnab berbulu dll), pengalaman dia melalui deria itu akan menyebabkan neurons berhubung dan berkembang.

2. Apa yang anak alami/lalui/rasai di zoo akan memberi idea baru kepada anak dan akan disimpan di dalam skema otaknya. Bila dia dah pernah rasa arnab berbulu, jadi bila kita tunjuk flashcard atau bacakan buku, anak akan boleh relate, maka
berkembang dan berhubunglah lagi neurons dalam otaknya. Jangan bagi flashcard aje ye! Anak perlukan rangsangan sebenar!

3. Dengan memperkenalkan anak kepada zoo, banyak perkataan-perkataan baru yang anak akan dengar, jadi, ia akan membantu perkembangan bahasa anak.

4. Janganlah bimbang tentang anak tiada memori tentang keseronokan ke zoo kalau pergi waktu kecil kerana kita yang dah tua ni pun ingatkah semua memori yang kita pernah alami sebelum ini? Kita cuma perlu bayangkan sel-sel otak anak dalam kepalanya tu dan pergi lah ke mana sahaja yang anda mahu pergi bersama anak anda kerana sel-sel otak itu akan berhubung dan anak kita akan belajar banyak perkara!

Bawak lah anak-anak kita berjalan dan beri peluang kepada mereka untuk meneroka dunia. So parents! Lots of love.

Sumber: Laili Harlina Khairuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×