Famili

7 Lokasi Zoo Sekitar Kuala Lumpur & Selangor Boleh Dikunjungi, Wajib Bawa Anak-Anak!

5
SHARES
zoo negara

Zoo merupakan antara lokasi yang sangat digemari oleh kanak-kanak malah orang dewasa. Tidak perlu untuk ke negara luar bagi mendekatkan diri anda dengan pelbagai jenis haiwan kerana negara kita pun dah ada lokasi zoo terkemuka seperti, Zoo Negara.

Buat anda yang tercari-cari lagi lokasi penempatan haiwan liar yang boleh dijadikan tempat beriadah untuk seisi keluarga, ada banyak lagi zoo yang boleh diterokai terutama di Kuala Lumpur dan Selangor. Malah, senarai yang ada di bawah ini juga turut menyediakan kemudahan dan aktiviti menarik!

Baca juga: Nak Melamar Kekasih ‘Ditemani’ Ikan Jerung? Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Eksklusif!

ZOO NEGARA DAN BANYAK LAGI ZOO LAIN BOLEH PERGI SEKITAR KL/SELANGOR

1.Zoo Negara

zoo negara

Menjadi salah satu lokasi ‘lambang negara’ adalah Zoo Negara. Berkeluasan 110 ekar, zoo Negara merupakan zoo terunggul dan terbesar di Malaysia yang terletak di Ampang, Selangor. Jumlah kesemua haiwan adalah lebih 5137 ekor dari 476 spesis meliputi haiwan mamalia, burung, reptilia dan sebagainya.

Jika mahu memberi makan terhadap haiwan, datang pada hujung minggu dan cuti umum bermula 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari serta 2.00 petang hingga 3.00 petang. Boleh juga tengok ‘Oyen’ yang popular kerana tinggal bersama haiwan spesies lain iaitu Capybara.

Harga tiket adalah serendah RM 16.20 untuk kanak-kanak, RM 22 untuk warga emas dan RM 39 untuk dewasa. Tiket percuma ditawarkan buat OKU. Harga tiket memang berbaloi untuk melihat telatah pelbagai jenis haiwan ini. Jika tidak mampu berjalan jauh, naik sahaja tram yang disediakan dengan bayaran tertentu.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-5.00 pm)

2.Kuala Lumpur Bird Park

zoo negara

Kuala Lumpur Bird Park membariskan pelbagai spesis burung di dunia dan ada juga yang jarang ditemui. Buat anda yang menetap di tengah-tengah Kuala Lumpur jangan risau, hanya makan masa 1o minit sahaja untuk sampai! Terbahagi kepada empat zon utama, Taman Burung KL menempatkan lebih 3000 ekor burung yang datang dari 200 spesis yang berbeza.

Bukan sahaja menempatkan pelbagai jenis burung, mereka turut menganjurkan beberapa program seperti memberi makan pelbagai jenis burung, persembahan burung dan sesi bergambar pada waktu yang ditetapkan.

Jangan risau tentang kemudahan, tandas, surau, kafe dan restoran, kedai cenderamata dan sebagainya turut disediakan. Pengunjung boleh dapatkan tiket secara dalam talian mahupun secara walk-in dengan harga RM 45 untuk dewasa, RM 20 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Alamat: 920, Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-6.00 pm)

3.The Acre by Farm Fresh

The Acre by Farm Fresh merupakan zoo yang terletak di Seri Kembangan. Mungkin sudah sering disebut ramai, The Acre by Farm Fresh terletak Universiti Putra Malaysia. Agak berbeza dengan zoo yang lain, ladang ini menjanjikan suasana yang memuaskan dengan pelbagai tarikan dan aktiviti menarik.

Namun jika anda ingin makan di sini, pastikan membuat tempahan secara dalam talian terlebih dahulu. Kalau nak rasa seperti berada di New Zealand, pengunjung berpeluang melihat ladang lembu yang luas dari jauh. Namun di petting zoo, pengunjung boleh melihat haiwan seperti rusa, ayam dan burung. Kaum wanita pasti suka berada di sini kerana ada taman atau kebun bunga yang cantik dan berwarna-warni. Lebih menarik, pengunjung boleh membeli bunga yang ada.

Alamat: Jalan Maklumat, 43400 Seri Kembangan, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-5.00 pm)

4.IOI City Farm

Siapa sangka di Putrajaya ada zoo? Inilah IOI City Farm iaitu zoo mini yang pertama di Malaysia yang berada di ruangan dalam pusat membeli-belah, IOI City Mall.

Berada di tingkat dua, IOI City Farm terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu Green Land, Little Rimba dan Fresh Water World. IOI City Mall bukan sahaja mendekatkan masyarakat dengan haiwan, malah dengan alam semulajadi secara dekat. Menariknya adalah mereka mempunyai 111 spesies tumbuhan dan lebih 50 hidupan akuatik!

Tiket masuk adalah RM 48 untuk dewasa, pada hari biasa manakala RM 58 dikenakan pada hujung minggu dan cuti umum. Warga emas dan OKU pula dikenakan RM 32 sahaja dan percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah. Nak lebih jimat? Ada pakej yang lebih berbaloi buat yang datang secara berkumpulan.

Alamat: City, AT-6, Level 2 IOI City Mall, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Sepang, Putrajaya

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-9.00 pm)

5.Farm in the City

Siapa sangka di tengah-tengah bandar Selangor anda boleh melihat keindahan alam flora dan fauna yang menakjubkan. Antara lokasi yang popular adalah di Farm in the City, anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan di serata dunia.

Malah, pengunjung berpeluang melihat persembahan burung nuri, memberi makan kepada haiwan, menyauk ikan dan menunggang kuda. Datanglah seawal 10.00 pagi kerana pihak Farm In The City menyediakan aktiviti sepanjang masa termasuklah meet and greet dan pertunjukan haiwan.

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Waktu operasi: Rabu-Isnin | Selasa ditutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah (9.30 am-6.00 pm)

6.Saville Wonderland

Turut dikenali sebagai Saville Free Range Agro, tempat ini merupakan petting zoo yang juga menghimpunkan beberapa aktiviti menarik yang lain. Tiket masuk serendah RM 12 sahaja mengikut pakej yang dipilih. Murah kan?

Saville Wonderland merupakan pusat agro perlancongan, dan di sini juga membolehkan pengunjung berada secara dekat bersama haiwan yang ada seperti kucing, burung kakak tua, unta, rusa dan sebagainya.

Selain melawat petting zoo, pengunjung juga boleh memancing di kolam yang berdekatan dengan membawa peralatan memancing sendiri. Jika anda merupakan peminat aktiviti lasak, ada juga aktiviti menunggang ATV dan menunggang kuda!

Alamat: Saville Free Range Agro, Taman Agroteknologi, 1A, Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir, 43500 Semenyih, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad (9.00 am-5.30 pm)

7.JustPets Megastore

JustPets Megastore merupakan zoo haiwan peliharaan dalaman (indoor) terbesar di Malaysia yang menawarkan pengalaman yang luas dan mengasyikkan. Terletak di dalam pusat membeli-belah, memastikan lawatan yang selesa dengan penghawa dingin tanpa mengira cuaca di luar.

Menariknya, zoo dalaman ini merupakan rumah kepada pelbagai haiwan comel yang menarik termasuk alpaka, walabi, capybara, kambing hitam, rakun dan banyak lagi. Anda dibenarkan untuk menyuap, membelai, dan berseronok dengan detik-detik interaktif bersama haiwan-haiwan peliharaan ini.

Malah, pemandu pelancong yang berpengetahuan dan mesra bersedia untuk membantu tetamu, memberikan pandangan tentang haiwan dan memastikan lawatan yang selamat dan menyeronokkan.

Tiket dari harga RM48 (Dewasa), RM38 (Kanak-kanak)

Alamat: Tropicana Gardens Mall, East Walk 1F-01

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 am- 10.00 pm)

*Boleh baca dan simpan siap-siap lokasi zoo ini dan bawa anak-anak beriadah pada hujung minggu!

Baca juga: Teringin Nak Pergi Ladang Farm Fresh UPM? Rupanya Boleh Je Naik MRT, Mudah!

Sumber: Klook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×