Sempena cuti hujung minggu yang panjang bergabung dengan musim cuti sekolah, sudah pasti ramai dalam kalangan mak ayah yang telah plan aktiviti bersama anak-anak bukan? Salah satu lokasi popular boleh bawa anak adalah zoo tetapi nak pergi zoo yang mana satu ya? Inilah masanya untuk anda ke Zoo Teruntum Kuantan, Pahang!
Kalau anak-anak merupakan peminat kepada haiwan seperti dinosaur, inilah tempat wajib sempena cuti sekolah. Boleh tambah ilmu sekali!
Baca juga: 7 Lokasi Zoo Sekitar Kuala Lumpur & Selangor Boleh Dikunjungi, Wajib Bawa Anak-Anak!
BOLEH TENGOK DINOSAUR DEKAT ZOO TERUNTUM KUANTAN!
Di Zoo Teruntum Kuantan, Pahang ini mempunyai gabungan sempurna antara zoo tradisional dan haiwan animatronik.
Terdapat lebih 25 jenis haiwan di zoo, serta beberapa kawasan di mana anda boleh menemui beberapa jenis ‘dinosaur’ gergasi.
Malah, jika anda sebagai ibu bapa sendiri merupakan pencinta dinosaur, ini adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi kerana anda boleh melihat beberapa fosil dinosaur, pertunjukan dino. Terdapat beberapa permainan yang boleh anda bermain bersama anak dan berinteraksi dengan orang yang anda sayangi.
Paling mengujakan adalah dalam bulan September ini, bersiap sedia untuk Festival Dinosaur PERTAMA di Malaysia – DinoFest 2024! Bawa keluarga dan rakan anda ke Zoo Teruntum dengan aktiviti yang hebat:
– Larian DinoFossil
– DinoFossil Walk
– Pertunjukan Dino
– Percikan Warna Mosa
– Perlumbaan Raptor
– Pertandingan Buskers
– Kopi Roar
Harga tiket:
1.Dewasa – RM28.75
2.Kanak-kanak (6-12 tahun)/ Warga emas (atas 60 tahun)- RM25.30
*Jadi, apa tunggu lagi? Mari pakat-pakat bawa anak-anak untuk lihat sendiri keunikan zoo HIBRID pertama Malaysia! Hanya di Zoo Teruntum, Kuantan.
Baca juga: AWAS! Ini Senarai Kawasan ‘Hotspot’ Kepala Air Di Perak & Kelantan, Elak Aktiviti Rekreasi
Sumber: Zoo Teruntum