Nur

Hukum Wanita Ikut Hantar Jenazah Sampai Kubur, Ustaz Jelaskan Isu Ini

32
SHARES
tanah perkuburan islam

“Eh, boleh ke Kak Tipah ikut orang hantar jenazah ke tanah perkuburan Islam tu? Patutnya duduk rumah sahaja..”

Ada banyak pendapat tentang hukum orang perempuan ikut menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Ada yang kata harus dan ada yang kata haram malah ada yang kata makruh. Jadi, berikut merupakan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan hasil umpatan orang sekeliling.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

KAUM WANITA IKUT HANTAR JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN ISLAM, BOLEH KE?

tanah perkuburan islam

Foto: Ayo Semarang

Menurutnya, hukum kaum wanita mengikut hantar jenazah ke tanah perkuburan ada perbezaan pendapat dalam kalangan fuqahak dan pendapat Ashab mazhab Syafie ialah makruh dan bukanlah larangan yang haram.

Telah diriwayatkan daripada Ummu ‘Athiyyah r.a. katanya :

نُهِينَا عَنِ اتِّبَاعِ الجَنَائِزِ، وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Ertinya : “Telah dilarang akan kami dari mengikut akan jenazah tetapi tidak diketatkan larangan atas kami.” (Hadith riwayat Ahmad dan Bukhari dan Muslim dan Abu daud dan Ibnu Majah dan At-Tabarani dan Al-Baihaqi)

Perkataan Ummu ‘Athiyyah ‘ dan tidak diketatkan atas kami’ itu ertinya larangan ke atas perempuan ikut jenazah ke kubur tidak sampai haram hanya makruh sahaja.

Berkata Imam Al-Hafiz Al-Qastallani :

(ولم يُعزم علينا) بضم الياء وفتح الزاي مبنيًّا للمفعول، أي: نهيًا غير متحتم، فكأنها قالت: كره لنا اتباع الجنائز من غير تحريم، وهذا قول الجمهور، ورخص فيه مالك، وكرهه للشابة .. وقال أبو حنيفة: لا ينبغي

Ertinya : “Dan tidak diketatkan atas kami itu artinya kami telah dilarang ikut jenazah ke kubur dengan larangan yang bukan keras seolah-olah Ummu ‘Athiyyah berkata : Telah dimakruhkan bagi kami ikut jenazah dengan ketiadaan diharamkan. Dan inilah pendapat jumhur ulamak. Dan telah memberi keringanan padanya oleh Imam Malik dan memakruhkan oleh beliau bagi perempuan yang muda. Dan telah berkata Abu Hanifah : Tidak patut ia.” (Kitab Irsyad As-Sari Syarah Sahih Al-Bukhari)

Dan kata Imam Ibnu Daqiq Al-‘Ied :

فِيهِ دَلِيلٌ عَلَى كَرَاهِيَةِ اتِّبَاعِ النِّسَاءِ الْجِنَازَةَ، مِنْ غَيْرِ تَحْرِيمٍ

Ertinya : “Pada hadith ini (hadith Ummu ‘Athiyyah) menjadi dalil atas makruh ikut oleh perempuan akan sekalian jenazah dengan ketiadaan diharamkan.” (Kitab Ihkam Al-Ahkam Syarah ‘Umdah Al-Ahkam)

Dan makruh yang dimaksudkan di sini ialah makruh tanzih. Berkata Imam Nawawi :

معناه: نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك نهي كراهة تنزيه، لا نهي عزيمة تحريم، ومذهب أصحابنا أنه مكروه ليس بحرام لهذا الحديث

Ertinya : “Makna ‘tidak diketatkan larangan atas kami’ itu ialah telah melarang akan kami oleh Nabi SWT dari mengikuti jenazah ke kubur dengan larangan makruh tanzih bukan larangan haram. Dan bermula mazhab kami sungguhnya wanita mengikuti jenazah ke kubur itu makruh bukannya haram kerana hadith ini.” (Kitab Syarah Muslim).

tanah perkuburan islam

Foto: Mstar

*Dan hendaklah diketahui bermula hukum makruh di sini ialah selama wanita tersebut mematuhi akan hukum syariat dan adab ketika di luar rumah. Jika wanita tersebut pergi dalam keadaan berhias cantik atau tidak menutup aurat atau dengan kelakuan yang mendatangkan fitnah maka hukumnya ialah haram.

Baca juga: Tular Dua Wanita Langkah Kubur Sambil Gelak Ketawa, Ustaz Jelas Hukum

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×