Kewangan

Yuran Bulanan Tadika & Sekolah Swasta Perlu Dibayar Penuh Atau Tak? Ini Luahan Ibu Bapa

149
SHARES

Semenjak penularan wabak maut dan Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan di negara kita, antara institusi yang terjejas adalah institusi pendidikan. Pelbagai mekanisme telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan termasuklah pembelajaran kelas secara online dan menerusi TV Pendidikan supaya anak-anak kita tidak ketinggalan dalam hal pelajaran. Namun, soal pendidikan ini juga tertumpu kepada perkhidmatan taska, tadika dan van serta bas sekolah dimana tiada perkhidmatan boleh dijalankan sepanjang proses PKP berlangsung.

Namun, ada dalam kalangan ibu bapa yang meluahkan rasa terkilan apabila mereka masih dikenakan caj yuran yang penuh seperti hari biasa walaupun perkhidmatan tidak dijalankan. Mana tidaknya, semua anak-anak perlu berada di rumah sendiri bukan? Jadi, adakah anda bersetuju untuk dikenakan bayaran penuh walaupun tiada perkhidmatan dikenakan atau perkara ini perlu dijadikan isu berbangkit dalam Kementerian Pendidikan?

ADA IBU BAPA YANG KENA BAYAR YURAN PENUH?

Isu ini turut dikongsikan oleh seorang ibu di laman Facebooknya, Fiz Hilda, dimana dia tertanya-tanya adakah perlu kadar yuran penuh dikenakan kepada ibu bapa.

Ada tak ibubapa yang masih kena bayar yuran taska/tadika dan yuran van/bas sekolah dengan kadar bayaran penuh?

Alang-alang kena bayar full, cikgu suruh parents buat itu ini, print itu ini. I have 3 kids and macam-macam teacher texting to remind and instruct parents to do this and that (so that the school fees will be worth paying in full).

Since they are not being considerate and still charging full school fees to the parents, what if parents decided to claim all their cost to provide e learning and school from home?

I know I am not alone and ramai lagi parents di luar sana still pay in full to private kindergarten/ schools despite schools are closed down during MCO. What if MCO is extended?

Artikel berkaitan: Taska, Pengasuh Tidak Boleh Ambil Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Dikenakan- Mufti Perak

TURUT MENJADI TOPIK DI AL-HIJRAH

Isu ini juga telah menjadi topik perbualan di salah satu laman Facebook stesen TV negara iaitu TV AlHijrah. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila perlu dikenakan caj atau yuran secara penuh sedangkan anak-anak tidak dihantar ke pusat penjagaan atau sekolah tersebut.

Seperti apa yang diluahkan oleh Puan Ummi Anna ini, pemberian diskaun dalam kadar segera amatlah digalakkan jika mahu terus dikenakan caj dan tidak perlu tunggu akhir tahun untuk diberikan diskaun tersebut.

PERLU ADA ‘WIN-WIN SITUATION’

Ada juga dalam kalangan pengguna Facebook yang menyarankan bahawa pemberian diskaun merupakan jalan yang terbaik supaya kedua-dua belah pihak berada dalam keadaan seimbang. Hal ini kerana, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang mungkin terjejas dari segi pekerjaan sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Apa yang diharapkan adalah isu ini dapat diselesaikan secara berhemah oleh kedua-dua belah pihak. Mungkin perkara ini masih diteliti oleh pihak Kementerian Pendidikan supaya ibu bapa dan pihak sekolah yang terjejas mendapat kebaikkan untuk masa akan datang.

Sumber: TV Alhijrah, Fiz Hilda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×