Hebahan

Taska, Pengasuh Tidak Boleh Ambil Bayaran Jika Tiada Perkhidmatan Dikenakan- Mufti Perak

12.5K
SHARES

Pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak pembayaran upah dibuat kepada pihak taska atau rumah pengasuh. Maklumlah, sejak perlaksanaan PKP anak-anak tidak lagi dihantar ke taska atau rumah pengasuh kerana berada di rumah sendiri. Oleh itu, Mufti Perak ada mengeluarkan penjelasan untuk ibu bapa dan pihak taska atau pengasuh berurusan mengenai isu pembayaran upah supaya tidak mengalami salah faham.

BOLEH KE AMBIL UPAH PENUH WALAUPUN ANAK TAK DIHANTAR KE TASKA?

PERSOALAN HUKUM SEKITAR ISU COVID-19

Soalan 2:-

Bayaran upah mengasuh anak, apakah boleh ambil bayaran penuh sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh? Begitu juga bayaran yuran tadika / tuisyen / persekolahan, apakah tetap dikenakan bayaran penuh ?

Jawapan:

Kedua-dua pihak adalah dinasihatkan untuk berbincang khususnya berdasarkan kepada terma dan syarat perjanjian atau sebarang peraturan yang telah dipersetujui lebih awal jika ada, dengan syarat terma dan syarat serta peraturan tersebut tidak melanggar Syarak.

Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19, pengusaha sekolah / taska @ tadika / pusat tuisyen atau pengasuh tidak boleh mengenakan sebarang bayaran / yuran / upah kerana tiada perkhidmatan yang boleh diberikan lantaran pergerakan adalah dihadkan.

Jika bayaran telah dibuat lebih awal, maka bayaran lebihan tersebut adalah hak milik pembayar dan ia adalah amanah di tangan pengusaha / pengasuh dan boleh dituntut pada bila-bila masa.

Yuran / upah tersebut boleh disimpan atas dasar amanah oleh pihak sekolah / taska / pengusaha / pengasuh dengan izin pembayar sehingga keadaan kembali normal. Jika wang itu telah digunakan maka pihak sekolah / taska / pengusaha / pengasuh hendaklah menggantikannya.

UPAH BOLEH DIAMBIL SETAKAT PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN SAHAJA

Apa yang penting, bayaran yuran atau upah hanya boleh diambil setakat perkhidmatan yang diberikan sahaja iaitu setakat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 bermula.

Keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 dikira sebagai salah satu keadaan faktor mendatang atau hal mendatang yang tidak terduga “‘awaridh tari’ah” atau “zuruf tari’ah” yang memberikan kesan kepada kontrak yang telah dimeterai.

Ini kerana ia adalah di luar kawalan pihak-pihak berkontrak ( berakad) yang menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan iltizam dan tanggungjwab masing-masing. Oleh itu, kontrak (akad) adalah terfasakh atau terlerai.

Ibu bapa, pengusaha taska dan pusat pendidikan di Perak dinasihatkan merujuk perjanjian lisan atau bertulis antara mereka bagi menangani isu bayaran upah atau yuran yang perlu dilunaskan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jabatan Mufti Perak melihat pihak pembayar dan pembekal perkhidmatan perlu memberi perhatian terhadap sebarang syarat, terma, perjanjian, persetujuan dan perbincangan terhadap sesuatu kontrak bagi mewujudkan keredaan kedua-dua pihak tanpa menimbulkan anasir negatif seperti ketidakadilan dan ketidakjelasan dalam urusan mualamat.

Sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai melihat penjelasan hukum yang dikeluarkan dari sudut positif dan tidak emosional dalam membuat penilaian.

Sumber: Mufti Perak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×