Asuh

5 Keuntungan Bila Belajar Pada Waktu Subuh, Potensi Lebih Untuk ‘Score’ Cemerlang!

7
SHARES
waktu belajar yang baik

Sebagai seorang pelajar tidak kisah di sekolah atau universiti, mempunyai ketetapan waktu belajar yang baik adalah sangat penting supaya ilmu dapat diserap. Bahkan, untuk anda yang bekerja pun boleh siapkan sedikit kerja tertangguh pada waktu Subuh ini.

Hal ini kerana, suasana yang mendamaikan pada waktu Subuh sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada otak berbanding pada waktu lain.

Baca juga: Malaysia Negara Ke-2 Paling TERUK Dalam ‘Work Life Balance’ Menurut Kajian Global

WAKTU BELAJAR YANG BAIK ADALAH PADA WAKTU SUBUH!

waktu belajar yang baik

Foto: India Today

Berikut merupakan 5 kelebihan belajar pada waktu Subuh:

1.Fokus tidak terganggu dengan hal lain

Belajar pada waktu lain seperti pada waktu malam atau petang, sudah tentu anda akan sering berhadapan dengan pelbagai rintangan. Biasalah, kadang-kadang akan disuruh oleh ibu bapa untuk buat kerja atau ajakan bermain daripada rakan-rakan bahkan ada rancangan menarik di televisyen yang anda tidak mahu ketinggalan. Tetapi bila belajar pada waktu subuh, ramai yang masih tidur dan lebih sunyi membuatkan anda lebih fokus!

2.Suasana tenang, tak berat

Keluar sebentar dari rumah dan menghirup udara yang segar pada waktu subuh pasti dapat membuatkan minda kita lebih relaks. Sudah tentu ini akan memberi impak yang besar kepada kejayaan pembelajaran. Mood anda akan lebih tenang, kerana tiada tekanan yang akan menghalang proses pembelajaran anda.

3.Tak kalut kejar waktu tidur

Selain daripada gangguan orang sekeliling dan juga gajet yang membuatkan anda terganggu dari aktiviti belajar, ada gangguan lain boleh terjadi apabila belajar waktu malam iaitu nak tidur dengan cepat. Anda pasti akan dihimpit masa, yang memerlukan anda tidur awal supaya anda tidak terlewat ke sekolah atau universiti keesokan harinya.

4.Jadi pemangkin semangat

Bangun subuh membuatkan anda lebih bersedia untuk menghadapi hari tersebut. Kerana selepas habis belajar, anda masih boleh menyusun senarai aktiviti dan juga melakukan perkara lain tanpa tergesa-gesa. Sangat berbeza apabila anda terbangun lewat!

5.Otak lebih cepat serap ilmu

Apabila anda baru bangun tidur, otak sebenarnya lebih cenderung segar dan lebih bersedia untuk menerima maklumat baharu. Bangun subuh sememangnya pilihan yang tepat untuk belajar. Kerana kebolehan otak ketika itu boleh dikatakan dalam fasa ‘terbaik’ terutama sekali untuk menghafal.

waktu belajar yang baik

Foto: JD Institute

*Tetapkan jadual belajar ini supaya anda pun boleh latih diri untuk tidak terlepas solat Subuh. Barulah pelajar terbaik!

Baca juga: Budak 12 Tahun Terpaksa Jalani Dialisis Seumur Hidup Akibat Kerap Makan Ayam Goreng

Sumber: IDN Times 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×