Business

Vivo Perkenal Teknologi Sensor Fingerprint Terbaru Menjadikan Skrin Lebih Besar. Wow Tak Sabar Nak Beli!

6.7K
reads

Mesti anda pernah cuba nak unlocked smartphone ketika jari basah tapi ia tidak dapat detect kan? Ada jenis smartphone pula, sensor fingerprint terletak di belakang, agak menyusahkan buat anda yang mempunyai jari pendek. Hehehe 😛

Home button sudah tiada, skrin lebih besar?

Vivo kini memudahkan anda dengan memperkenalkan Vivo Under Display Fingerprint Scanning Solution. Apa tu? Haa, teknologi baru ini membolehkan anda unlocked smartphone tanpa sensor fingerprint fizikal. Maknanya, butang home dibuang dan menjadikan skrin lebih besar. Wow hebatnya!

Teknologi mengesan fingerprint yang terletak di bawak skrin ini membolehkan anda unlocked smartphone kurang dari 0.5 saat dengan meletakkan jari di hujung bawah skrin. Memang sesuai buat anda yang nak cepat atau kerap menggunakan phone untuk urusan kerja. Tiada lagi masalah sensor tak detectclient tak menunggu lama kan?

Teknologi sensor tercanggih untuk kemudahan anda!

Pengimbas cap jari di bawah skrin yang diperkenalkan Vivo ini boleh diletakkan di bawah kaca atau belakang logam telefon. Ia akan menghasilkan gelombang bunyi ultrasonik melalui skrin OLED dan seterusnya menangkap imej 3D tepat pada cap jari anda. Memang pantas!

Banyak lagi pembaharuan teknologi oleh Vivo bakal kita dengar lepas ini!

Buat anda yang tidak tahu, pengumuman Vivo Under Display Fingerprint Scanning Solution ini dibuat di Mobile World Congress Shanghai 2017 (MWC 2017). Lagi syok, teknologi Under Display ini akan muncul pada smartphone masa hadapan tetapi belum ada rancangan komersil buat masa ini. Wow tak sabarnya!

Selain itu di MWC 2017Vivo juga bakal memperkenalkan sistem bunyi yang terbaru. Kita nantikan.. Tak sabar rasanya nak tunggu model-model smartphone terbaru Vivo yang dilengkapi ciri hebat ini dilancarkan!

Jom kita tengok video in-depth sneak peak mengenai teknologi fingerprint terbaru dari Vivo ini:

Yang Popular

To Top