Famili

Di Sebalik Warna Keluaran Terbaru Vivo V11i, Rupa-Rupanya Ada Kaitan Dengan Kanser?

8.4K
SHARES

Seperti yang anda sedia maklum, baru-baru ini Vivo telah memperkenalkan model terbaru iaitu Vivo V11i. Tak sangka yang Vivo V11i mendapat sambutan hangat daripada peminat smartphone. Spesifikasinya lebih canggih! ?

Kalau nak tahu, sebelum ini Vivo V11i hanya didatangkan dengan dua warna iaitu Starry Night dan Nebula. Tapi kini agak berbeza. Tiba-tiba Vivo nak keluarkan warna terbaru untuk Vivo V11i. Limited edition pula tu. Perempuan mesti suka!

Fairy Pink, warna keluaran terbaru Vivo V11i di Malaysia

Pada 25 Oktober 2018, Vivo secara rasmi memperkenalkan Fairy Pink V11i yang limited edition di Malaysia. Vivo V11i adalah sebahagian rangkaian siri Vivo terbaru yang dilengkapi dengan kamera AI. Boleh tangkap gambar dengan perfect!

Mesti anda mula tertanya-tanya. Kenapa mesti warna pink? Haa.. Sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa Vivo keluarkan warna ni sebagai warna terbaru mereka. Jom kita tengok kenapa! ?

Tanda sokongan Pink October, bulan kesedaran kanser payudara

Siapa kat sini tak tahu apa itu Pink October? Pink October merupakan kempen kesedaran kanser payudara yang dibuat setiap bulan Oktober. Waktu ini dana dikumpul untuk penyelidikan, pencegahan, diagnosis, rawatan dan penyembuhannya. Perempuan wajib tahu tau!

Jadi, apa sebenarnya kaitan Pink October ni dengan warna terbaru Vivo V11i? ?

Menurut Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, warna Fairy Pink ini bukanlah warna biasa untuk Vivo V11i. Vivo mendedahkan warna baru ini selaras dengan Pink October, tanda sokongan terhadap kesedaran kanser payudara. Macam tu rupanya!

Maklumlah Malaysia dah menjadi pasaran utama Vivo di Asia Tenggara bukan? Vivo sentiasa beri komitmen dalam pasaran. Sebagai warna tambahan kepada Starry Night dan Nebula untuk Vivo V11i, Fairy Pink dipercayai dapat membantu memperkukuh kedudukan Vivo di Malaysia. Hebat sungguh!

Perempuan dengan warna pink tak dapat dipisahkan. Betul tak? Kalau anda seorang yang feminin, memang pilihan tepat untuk memiliki Fairy Pink V11i. Sesuai untuk perempuan yang feminin dan bekerjaya. Nampak bergaya sangat! ?

Cantiknya warna diaaa! 

Cuba anda tunjuk Fairy Pink V11i ni pada kawan perempuan anda. Pasti mereka akan cakap macam tu. Percayalah cakap admin. Tapi perempuan kalau kasar macam mana sekalipun, mesti jatuh cinta dengan Fairy Pink V11i punya! ?

Okay, Fairy Pink V11i ni limited edition. Harganya pun berbaloi, RM1,299. Anda kena cepat dapatkannya kalau tak nak terlepas. Susah nak dapat warna macam ni. ?

Fairy Pink V11i akan dijual di seluruh negara bermula 1 November 2018. Anda boleh dapatkan di semua kedai konsep Vivo, eStore rasmi Vivo (www.vivostore.com.my), dan platform eCommerce (Lazada, Shopee dan 11street). Oh, ia juga boleh didapati di authorised resellers pada 3 November 2018.

Kena segera dapatkannya sebab Fairy Pink V11i ni limited edition. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter mereka okay? ?

Lepas ni bolehlah tampil lebih feminin dan bergaya dengan Fairy Pink V11i. Tak sabarnya nak beli. Hihi. ?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×