Teknologi

vivo V21 Tampil Dengan Dua Warna Memukau, Kamera Depan OIS 44MP

32
SHARES

Jenama telefon pintar terkemuka, vivo kembali dengan dua siri V21 yang nyata lebih canggih dan memukau. Didatangkan dengan dua warna baru iaitu Dusk Blue dan Sunset Dazzle, pasti anda akan tampil lebih glamor bersesuaian dengan musim perayaan yang akan menjelang tidak lama lagi!

Bagi anda yang mahukan aura misteri pula, warna Dusk Blue pada telefon pintar siri V21 pasti menjadi pilihan utama. Manakala Sunset Dazzle sesuai buat pengguna yang gemar menonjolkan keperibadian personaliti menerusi aksesori telefon pintar.

vivo V21e hadir dengan warna Diamond Flare & Roman Black

Bagi telefon pintar V21e, ia didatangkan dengan dua pilihan warna, Diamond Flare dan Roman Black. Untuk pengetahuan anda, V21e memiliki reka bentuk skrin 2.5D dan dilengkapi dengan keemasan matte AG. Menarik bukan?

The Roman Black memberikan warna sisi yang megah dan unik manakala Diamond Flare kekal menawan dengan memantulkan cahaya yang mempesona dan hampir menyerupai karya seni yang bersinar. Sudah pasti ia sebagai tambahan gaya hidup yang menarik bagi setiap fashionista.

Dengan warna-warna menarik ini, pencinta fesyen ternyata akan lebih bersemangat untuk mengambil foto OOTD selari dengan tema pakaian dan aksesori bersesuaian.

Kamera canggih untuk kepuasan pengguna

Tidak cukup dengan itu, vivo V21 diserlahkan lagi dengan kamera depan OIS 44MP dan kamera belakang OIS 64MP yang mampu untuk menangkap apa sahaja sama ada secara dekat atau jauh dengan kejelasan yang tepat.

Siri V21 juga dilengkapi dengan selfie Superior Night-time. Ia direka khas untuk mengatasi gegaran yang tidak disengajakan atau tidak dapat dielakkan, contohnya jika anda mengambil foto selfie di tengah jalan yang bergegar seperti menaiki roller coaster yang menakutkan! Tidak perlu risau kerana selfie anda akan tetap jelas dan cantik untuk dimuatnaik di laman sosial anda.

Siri vivo V21 turut didatangkan dengan AI Night Portrait untuk menghasilkan gambar selfie berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan gelap di sepanjang malam. Fungsi ini akan memastikan bahawa selfie anda pada waktu malam tidak terganggu.

Tonton video raya pertama Mira Filzah & Wan Emir Astar

Buat peminat Mira Filzah, anda pasti teruja apabila vivo telah melantik selebriti manis tersebut sebagai duta untuk telefon pintar terbaru di bawah siri V bersempena dengan pelancaran besar-besaran siri vivo V21 yang dijadualkan pada 27 April ini.

Menerusi klip video siri V21, Mira dan suami, Wan Emir Astar akan bersama-sama merayakan Aidilfitri pertama mereka sebagai pasangan suami isteri. Musim perayaan adalah masa yang paling tepat untuk bersama dengan insan tersayang sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga.

Melalui klip video ini, Mira juga menonjolkan semangat sebenar siri V21, ‘Bring Me Closer’ dengan merakam kenangan abadi pada hari raya.

Nantikan video penuh akan disiarkan semasa perasmian produk pada 27 April ! Untuk sebarang maklumat mengenai siri vivo V21, sila lawati laman Facebook, Instagram dan laman web rasmi vivo Malaysia.

#vivoV21Series #V21 #V21e #ForYourBestMoments

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×