Inspirasi

[VIDEO] Lelaki Hasilkan Potret Shuib & Siti Sarah Guna 400 Buah Rubik Cube, Wow!

75.4K
SHARES

Setiap insan pasti mempunyai bakat dan seni tersendiri yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Kehebatan yang dimiliki boleh menghasilkan sebuah karya yang membuat orang lain turut teruja.

Begitulah dapat disamakan dengan seorang saudara dikenali sebagai Zabli Ab Hadi apabila bakat yang ditunjukkan di media sosial mendapat pujian daripada warganet dek kerana kreativitinya itu.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Hasilkan Alas Kaki Guna Plastik Beli-Belah, Kreatif!

HASILKAN PORTRET SHUIB & ALLAHYARHAM SITI SARAH

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikToknya, Zabli menghasilkan potret pasangan selebriti kesayangan ramai iaitu Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin. Apa yang lebih menarik apabila potret itu dihasilkan mengguna kira-kira 400 buah rubik cube.

Video berdurasi 53 saat itu memaparkan kegigihan Zabli menyusun satu persatu rubik cube sehingga menjadi satu potret yang bermakna Shuib dan Allayarham isterinya. Menerusi perkongsiannya di Facebook pula, dia memberitahu bahawa itu merupakan posting pertamanya di TikTok dan agak sedikit malu. Dia mengambil masa seharian untuk menyiapkan portet hebat itu.

Meninjau ke ruangan komen di Tiktok, warganet turut teruja dengan bakat seni yang dimiliki oleh Zabli kerana tidak ramai yang mampu membuat begitu.  Sehingga kini, video tersebut menerima 205,500 tontonan dan 34,800 tanda suka.

Sumber: Tiktok & Facebook Zabli Ab Hadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×