DIY & Kraf

[VIDEO] Ibu Hasilkan Alas Kaki Guna Plastik Beli-Belah, Kreatif!

22
SHARES

Kreativiti seorang ibu tidak dapat disangkal lagi. Ada sahaja idea-idea baharu dan menarik yang timbul untuk mereka lakukan demi mengisi masa lapang dan terluang.

Seperti seorang perkongsian seorang gadis yang memaparkan kegigihan ibunya membuat alas kaki menggunakan plastik yang diperoleh ketika beli-belah.

Baca juga: Jangan Buang TV Lama Anda, Ini Cara ‘Convert’ Kepada Smart TV

CUCI, POTONG DAN DIANYAM MENJADI ALAS KAKI

Menerusi laporan Tribun News, wanita dikenali mama Antik berusia 48 tahun itu, harus mencuci dan mengeringkan terlebih dahulu plastik-plasti yang ada. Seterusnya, plastik itu dipotong menjadi persegi panjang dan dianyam menyerupai tali. Plastik yang dianyam akan dibentuk secara melingkar seperti alas kaki.

“Pada mulanya itu hanya gurauan, kata mama, ada banyak belanja plastik bekas di pasar. Daripada membuangnya, Ibu mengambil inisiatif membuatnya.” kata anaknya.

Selain itu, anaknya turut menjelaskan hobi ibunya memang gemar melakukan sesuatu sejak 10 tahun lepas. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk mengisi masa lapang.

Kreativiti ibunya mendapat pujian daripada warganet kerana teruja melihat kegigihan dan ketelitaan dalam membuat alas kaki menggunakan plastik beli-belah itu selain turut mendapat 534,400 tontonan.

Sumber: Tribun News & TikTok Sunflaww

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×