Sebelum ini viral di laman media sosial apabila seorang lelaki dikenali sebagai Zabli Ab Hadi, apabila bakat yang ditunjukkan di media sosial mendapat pujian daripada warganet dek kerana kreativitinya itu. Dia menghasilkan potret pasangan selebriti Shuin dan Siti Sarah menggunakan 400 buah rubik cube dan kali ini dia cuba pula nasib menghasilkan potret Dato Sri Siti Nurhaliza. Memang wow!
Baca juga: [VIDEO] Lelaki Hasilkan Potret Shuib & Siti Sarah Guna 400 Buah Rubik Cube, Wow!
HASILKAN POTRET DATO’ SRI SITI NURHALIZA PULA
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikToknya, Zabli kali ini menghasilkan potret penyanyi nombor satu negara kesayangan ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Hal ini kerana, dia mendapat respon dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri yang meninggalkan komen pada akaun Tiktoknya. Apa yang lebih menarik apabila potret itu dihasilkan mengguna kira-kira 391 buah rubik cube.
Untuk lukisan potret kali ini dia menggunakan gambar asal yang diambil di dalam Google sahaja. Potret tersebut memaparkan wajah Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang sedang manis tersenyum! Walaupun pernah membuat potret memaparkan pasangans selebriti Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah, dia akui bahawa kali ini hanya mencuba nasib sama ada menjadi ataupun tidak.
@abam.takafulKita Buat Gambar CTDK♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza
Bukan itu sahaja, ramai juga pengguna di laman media sosial tersebut bertanyakan berapa lama yang diperlukan untuk menyiapkan potret tersebut. Zabli berkata bahawa dia memerlukan masa dalam 3-4 jam bagi potret Dato’ Sri Siti Nurhaliza untuk siap. Dan hasilnya amat mengagumkan!
DAH 1 JUTA TONTONAN!
Meninjau ke ruangan komen di Tiktok, warganet turut teruja dengan bakat seni yang dimiliki oleh Zabli kerana tidak ramai yang mampu membuat begitu. Sehingga kini walaupun baru sahaja dimuatnaik video tersebut menerima tontonan sebanyak 1 juta dan 146,000 tanda suka. Hebat!
Sumber: TikTok @abam.takaful