Sihat

Boleh Saman Ibu Bapa “Anti Vaxxer’ Jika Anak Yang Tidak Divaksin Sebar Penyakit- Peguam

1.5K
SHARES

Gempar dengan kes terbaharu wabak polio yang kembali selepas 27 tahun bebas dari radar kesihatan negara, rupanya masih ramai lagi dalam kalangan ibu bapa yang degil untuk tidak menvaksinkan anak-anak. Golongan yang dikenali sebagai anti-vaxxer ini beranggapan bahawa vaksin tidak dapat membantu untuk merawat penyakit dan menjadikan moto ‘my child is my choice’ sebagai pegangan utama.

Terbaharu, menerusi laporan dari Malay Mail, sebenarnya anda sebagai ibu bapa yang pro-vaksin boleh saman golongan ibu bapa yang merupakan anti vaksin, jika penyakit anak yang tidak divaksin tersebut berjangkit dengan anak and ayang sudah divaksin. Ini jawapan dari peguam.

SEBAR PENYAKIT DIKIRA KECUAIAN IBU BAPA

“Mengikut prinsip umum tentang kecuaian, seseorang individu mempunyai kewajipan untuk elakkan diri daripada membahayakan orang lain dan kanak-kanak” – Peguam

Proses ini dilakukan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit terus merebak, malah untuk mendorong ibu bapa untuk menvaksin anak-anak. Hal ini juga berikutan dengan kembalinya penyakit polio yang sudah lebih 27 tahun hilang dari negara Malaysia.

Jadi, peguam Sachpreetraj Singh menjelaskan ibu bapa boleh saman pihak ibu bapa yang enggan mengambil vaksin tersebut. Jadi, sebaik sahaja mahkamah sudah mencapai keputusan bahawa ibu bapa anti vaxxer mempunyai tanggungjawab untuk melakukan vaksinasi kepada anak mereka, jika gagal berbuat demikian, ia telah membahayakan kanak-kanak yang lain, maka satu kes boleh dibuat sebagai pelanggaran tugas penjagaan.

KENA ADA BUKTI KUKUH, BUKAN SEWENANG-WENANGNYA

Seorang lagi peguam iaitu Ravesh Sivakumar berkata, sekiranya ibu bapa tidak mendedahkan bahawa anak tidak divaksin dan berisiko untuk menular penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin , dan juga gagal mengambil langkah untuk mengelakkan orang lain yang berisiko terkena jangkitan, mereka sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana melanggar kewajipan untuk mereka yang dijangkiti oleh kanak-kanak yang tidak cacat.

Walaubagaimanapun, ibu bapa perlulah mempunyai bukti dan alasan yang kukuh bahawa anak mereka terkena jangkitan penyakit oleh invividu terbabit yang tidak mengambil vaksin.

*Tolonglah jangan degil wahai ibu bapa sekalian.

Sumber : Malay Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×