Sihat

Isu Panas Debat Vaksin TV Al-Hijrah, Dr. Harlina Tampil Bersuara

6K
SHARES
vaksin al hijrah

Malam tadi kecoh dengan perdebatan mengenai isu vaksin  yang diangkat sebagai topik utama dalam salah satu rancangan bual-bicara di bawah TV Al-Hijrah. Menampilkan dua panel jemputan iaitu, Dr. Nurul Huda (doktor freelance) dan Dato’ Dr. Musa (Pakar Perunding Pediatrik) untuk berdebat mengenai tajuk ‘Vaksin : Pelindungan atau Kemudaratan’ yang mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Perdebatan ini berlangsung selama hampir satu jam dan memperlihatkan pengelolaan yang dibawa oleh Dr. Huda ditepis  dan dipersoal oleh orang ramai. Apa yang menariknya, perdebatan tersebut juga ditambah lagi dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Musa mengenai vaksin yang sepatutnya diambil untuk mencegah penyakit.

Selepas hangatnya isu yang dibangkitkan semalam, Dr. Harlina yang merupakan isteri kepada Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan juga seorang ibu ini turut memuat naik gambar di laman Instagramnya dan memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu vaksin tersebut.

DR. HARLINA PERJELAS ISU VAKSIN

I dont have a proper photo for this entry. Kalau ada pun meme yg sgt lucu tp mungkin saya ada dapat dosa free sbb sebarkan meme tu, so saya gelak sendiri je lah. Semalam punya Vaksin di tv @tvalhijrah114 memang very informative. I hope many of you tgk debate tu. Every time Dr Musa open his mouth and said something, its purely fact and concrete information. .

The bomb question bila moderator tanya.. “sebagai seorg muslim.. jika pandangan WHO dan pakar perubatan tak diikut, pandangan ulama tak dipatuhi, nak ikut kata siapa??” .

VAKSIN SEBAGAI SALAH SATU USAHA

In my humble opinion, this anti-vaccine group punya argument byk berkisar tentang intuitive.. rather than informative. They will go back to isu2 seperti khauf dan raja’a (takut pada Allah, meletakkan harapan yg tinggi kepadaNya). Memang btul… bukan vaksin yg menyembuhkan. Tapi vaksin tu sebahagian drpd usaha kita sbg hambaNya. Golongan antivaccine ni lebih kepada ikut rasa hati / emosi / intuition berbanding kepada ilmu pengetahuan. .

Kita sebagai ibubapa, fikirkan yg terbaik utk anak2 kita. Dulu takde pun difteria di Malaysia, dah sampai 0 case. Tp sbb adanya golongan antivaksin, dah ada rekod kematian 5 kanak2…. yg dpt jangkitan difteria ni sure lagi ramai.. .
Dulu kita ada herd immunity. According to Dr Musa, herd immunity ni buleh dicapai bila vaksin coverage sampai 95% . Now vaksin coverage is only abt 88%. Maknanya, we are losing our herd immunity. Dah makin susah nak protect disease dr merebak!!

Kenapa saya tulis panjang lebar pasal vaksin ni.. sbb anak2 saya pergi sekolah sama dgn anak2 awak semua. Sebab anak2 kita semua berkawan, maybe not now… but one day inshaAllah.. jadi, fikir2 kan lah.. kita hidup bermasyarakat. Islam ajar kita supaya hormat and sayang jiran tetangga… jgn pentingkan diri sendiri. Kalau awak rasa bumi ni flat… sukati lah.. tp kalau awak antivaccine sampai memudaratkan org lain.. saya kesah!

*Semoga dapat dijadikan panduan dan terus berusaha!

Sumber : Dr. Harlina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×