Sihat

Wanita Ini Kongsi Cara Ujian Saringan Serviks Baharu Yang Lebih Mudah, Tiada Lagi ‘Muncung Itik’

2.6K
SHARES

Sebut saja pasal pap smear, ramai dah terbayang ‘muncung itik’ atau alat pembuka vagina yang digelar spekulum. Memang rasa gerun, ngeri dan ngilu je bila memikirkan nak kena menghadap benda ni kan? Itulah antara sebab ramai wanita menunda dan mengelak daripada melakukan pemeriksaan pap smear sedangkan ianya amat penting dijadikan rutin setiap 3-5 tahun bagi mengesan kanser serviks di peringkat awal.

Namun, kita sudah mempunyai kaedah yang baharu untuk menjalankan ujian pep smear tanpa rasa malu, sakit dan lebih mudah. Inisiatif yang dilaksanakan di bawah kelolaan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapat sambutan yang memberangsangkan berbanding cara ujian pep smear yang dahulu.

Just sharing my experience

Pap smear hpv dna test dah boleh buat sendiri. Pergi je ke KLINIK NUR LPPKN berdekatan then ckp nk buat pap smear. Nanti dia suruh isi borang sikit tanya background sikit then dia bg kit pap smear tu iaitu cotton swab tu.

Nanti dia ajar mcm mana cara nak ambik sampel. Then pergi je toilet korang buat la sendiri. Dah takde muncung itik lg dah. Dah takde nurse yg buatkan dah. Korang buat sendiri je. Dah tak seram and malu lagi ok. So no more excuse. Demi kesihatan kita ye. Haha so nanti bg sampel tu pd nurse dia lepastu balik. Nanti dia sms result ke hp korang. Pergilah buat sementara masih percuma. Staff LPPKN tu ckp masih free. Tapi tak tahu akan datang kalau ada dikenakan bayaran.

Kriteria wanita layak tahun 2019:

-Wanita Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap;
-Wanita berumur 25 hingga 65 tahun;
-Wanita dalam kumpulan B40 & M40
-Wanita berkahwin/pernah berkahwin

1. UJIAN DILAKUKAN SENDIRI

Selain rasa ngilu, mesti ramai dalam kalangan wanita yang akan berasa malu untuk buat pemeriksaan pap smear kerana ia membabitkan organ sulit kan? Lebih-lebih lagi kalau tak ada pilihan doktor perempuan. Dengan pemeriksaan HPV DNA yang baru, ujian boleh dilakukan sendiri. Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian dan mereka boleh mengambil sampel sendiri di kawasan tertutup dengan lebih privasi.

2. DAH TAK SAKIT

Berbanding pap smear, anda mungkin akan berasa tak selesa kerana akan dikangkangkan bagi mendapatkan sampel. Namun berbeza dengan pap smear, kaedah ujian HPV DNA tidak menyakitkan kerana pengambilan tisu melibatkan di kawasan permukaan sahaja.

4. KEPUTUSAN DALAM 3 HARI

Selepas prosedur ini selesai, anda tak perlu menunggu lagi kerana keputusan akan terus dihantar melalui telefon dalam masa 3 hari sahaja. Sekiranya keputusan anda negatif, maka anda disyorkan untuk mengulangi semula ujian ini dalam tempoh 5 tahun. Atau jika sebaliknya, anda akan disarankan untuk datang ke klinik bagi pemeriksaan lanjutan.

Pemeriksaan HPV DNA disyorkan kepada wanita berusia 30 tahun ke atas dan ia boleh dilakukan di 49 Klinik LPPKN di seluruh Malaysia.

Sumber : Nurzafirah Jalil, LPPKN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×