Dapur

Tips Sotong Tak Mengecut Bila Masak, Tak Hanyir & Tak Liat

13.6K
SHARES

TIPS SOTONG TAK MENGECUT BILA MASAK

Setiap kali masak menu berasaskan sotong mesti akan stress. Mana tidaknya, saiz sotong yang dibeli bukan main besar tapi bila dah masak jadi mengecil pula! Bila nak makan dah rasa tak puas macam di kedai kerana saiz sotong dah kecil dan jadi liat. Macam mana nak buat supaya saiz sotong kekal sama macam ketika beli?

Ini perkongsian tips untuk anda cuba kekalkan saiz sotong sebelum masak dan selepas masak. Bukan itu sahaja, sotong pun tak hanyir dan tak liat dimakan.

Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tak Meletup, Rasa Macam Restoran Thai!

TIPS SOTONG TAK MENGECUT BILA MASAK

Saya tak ada ikan nak buat laksa, ada sotong je nak masak untuk malam nanti. Ambik ni petua nak bagi sotong tak mengecil saiznya bila dimasak. Mula-mula siang sotong buang semua tulang sotong lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong tu supaya sng nanti takde la badan ke lain kepala ke lain. Rebus sotong 5-8minit bersama 4@5 keping asam keping. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir dan saiznya maintain tak mengecut. Tak la nanti masa beli besar sotongnya..bila masak kecik jadinya.

1. Masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong. Boh 4@5 asam keping

2. Rebuskan. Dah cukup 5-8 minit tutup api.

3.Lepas tu toskan. Boleh la dimasak.. hasilnya sotong tak hanyir..saiz maintain tak mengecut lagi bila dimasak dan yang paling penting kepala sotong elok terlekat kat badan sotong.

tips sotong tak mengecut

Mudah sahaja tipsnya. Selepas ini kalau nak masak menu berasaskan sotong, anda boleh cuba cara ini supaya sotong tak mengecut dan liat bila dimakan!

Sumber: Zin Rose Perodua

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×