Dapur

Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tak Meletup, Rasa Sama Macam Di Restoran Thai!

118
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Thai, tidak sah kalau anda tak memesan lauk sotong goreng tepung bukan? Sedap dimakan bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja, masih ramai dalam kalangan kita yang masih belum pakar dalam membuat menu sotong ini. Salah satu sebabnya adalah kerana selalu meletup!

Bila dah selalu meletup memang kita akan elak dari masak di rumah kerana risau akan mencederakan diri sendiri. Tapi, rupa-rupanya ada cara yang betul anda boleh guna supaya sotong yang digoreng tidak akan meletup lagi.

CARA BUAT SOTONG GORENG TEPUNG TAK MELETUP

LANGKAH 1

1. Basuh dan potong sotong putih seperti dalam gambar.

2.Masukkan ke dalam penapis supaya air sotong sentiasa keluar.

3.Pecahkan 1 biji bawang putih. Ayu gunakan Ikea Garlic Press.

LANGKAH 2

4.Masukkan 1 sudu cuka dan gaul rata. Apabila kita masukkan cuka, kita akan perhatikan sotong akan mengecut sedikit dan keluarkan air dari badan sotong.

5.Inilah rahsianya sotong kurang meletup sewaktu digoreng. Sotong mempunyai kandungan air yang tinggi. Sebab itu dia akan meletup ketika digoreng.

*Jangan masukkan cuka banyak sangat, nanti jadi fermented squid pula.

Tip masakan: Ayu gunakan cuka buah-buahan seperti cuka buah epal. Elakkan menggunakan cuka sintetik kerana itu cuka tiruan yang mempunyai rasa yang agak tajam walaupun murah. Cuka buah-buahan mempunyai khasiat yang tinggi.

Nabi Muhammad juga mengamalkan cuka makanan di dalam pemakanan mereka.

LANGKAH 3

6. Masukkan serbuk lada sulah. Ayu gunakan serbuk lada sulah Anjaad.

Tip masakan: Penggunaaan bawang putih dan lada sulah akan menaikkan ‘rasa’ makanan. Sebab itu kita akan perhatikan, kebanyakan masakan Cina banyak menggunakan 2 elemen ini dalam perapan masakan.

LANGKAH 4

Masukkan garam sedikit dan ratakan semua selama 10 minit. Sediakan bahan untuk salutan,

-1 biji telur dipukul untuk sebatikan putih telur dengan kuning telur sahaja. Jangan pukul beriya sebab nanti telur akan jadi ringan, dia tak berapa melekat pada sotong nanti.

-Tepung jagung. Nak gantikan dengan tepung serbaguna goreng rangup boleh juga. Ayu guna 5 sudu tepung serbaguna ditambah dengan 5 sudu tepung jagung.

LANGKAH 5

Proses salutan:

-Celup sotong perapan ke dalam telur dan kemudian terus ke dalam tepung. Pastikan sotong disalut luar dan dalam.

-Ini antara proses yang penting untuk elakkan sotong meletup. Tepung bertindak sebagai bahan serap air dari badan tepung. Selain itu, telur akan bertindak sebagai gam iaitu melekatkan sotong dengan tepung.

-Ayu buat satu-satu. Renyah sedikitlah pada awal mencuba tetapi kita akan lebih mahir selepas itu.

-Goreng apabila minyak betul-betul panas.Masukkan sotong satu satu. Lihat gambar bagaimana sotong tersalut penuh dengan tepung.

Tip memasak: Jangan menggoreng sotong terlalu lama konon konon nak pastikan sotong rangup.

(Dulu Ayu pernah buat, selepas itu ibu tegur sotong tak boleh masak lama. Terkial-kial kami kunyah masa makan.)

-Seafood tidak boleh overcooked kerana akan liat selepas sejuk.

-Terbalikkan apabila tepung sudah nampak macam merangup (betul ke ayat Ayu ni) dan angkat. Sotong Goreng Tepung sudah diangkat.

-Siapppp! Banyaklah tangan yang akan menyinggah di dapur.

-Ayu pernah cuba resipi yang sama dengan sotong katak. Walaupun orang kata sotong katak mempunyai tekstur yang agak liat, tetapi apabila dimasak sotong goreng tepung… masya allahhhhh… sedapppp tak terperi.

Ayu makan dengan sos Thai. Serupa macam kita makan di restoran Thai tau! Ayu suka masak nasi lembik sedikit, makan dengan ketam masak lomak cili padi dengan sayur sedikit.

Sumber: Rafiza Idayu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×