Famili

5 Sebab Pasangan Bahagia Jarang ‘Up’ Status Romantis Di Media Sosial

9.2K
SHARES

“‘Sweet’nya tengok pasangan bahagia ini. Cemburu dibuatnya. Kalaulah suami aku buat macam ni, mesti seronok. Akulah wanita yang paling gembira di dunia agaknya!”

Media sosial yang asalnya adalah sebuah tempat perkongsian kini sering menjadi medan persaingan dan pertunjukan pelbagai status dan gambar-gambar peribadi. Antaranya ada yang nampak terlalu ‘sweet’ dan indah hingga boleh menjadikan kita berasa ‘teruk’ dan amat kerdil.

Walaubagaimanapun, anda perlu tahu bahawa ini status dan gambar media sosial tidak seharusnya menjadi kayu pengukur terhadap kebahagiaan seseorang. Malah, terdapat kajian sains yang menunjukkan bahawa pasangan bahagia sebenarnya jarang ‘update’ status mereka di media sosial. Mengapakah begitu?

ibu-bapa-islam

5 Sebab Pasangan Bahagia Jarang ‘Up’ Status Romantis Di Media Sosial

Berikut adalah alasan mengapa pasangan bahagia sebenarnya jarang melakukan perkara sedemikian untuk berasa bahagia.

1. Mereka Yakin Dengan Hubungan Masing-masing

Setiap hubungan yang kukuh dibina berdasarkan kepercayaan serta rasa cinta yang mendalam terhadap pasangan. Maka, perkara sebegini biasanya hanya dipertontonkan kepada pasangan secara peribadi atau kepada keluarga terdekat sahaja.

Dengan memperlihatkan status mesra pada media sosial, tentulah anda akan berasa seronok – tetapi perasaan ini hanya sementara saja!

bosan dengan pasangan

Foto Kredit: petrotimes.vn

2. Mereka ‘Enjoy The Moment’

Dalam kegembiraan menghabiskan waktu bersama pasangan, selalunya kita terlupa untuk mengambil gambar. Bahkan, mungkin juga terasa kekok untuk ‘posing’ bersama di kala sedang seronok beraktiviti atau berbual.

Jadi, siapa ada masa untuk mengambil gambar yang ‘perfect’? Lagi pula yang ada anak kecil. Bukannya mudah nak mengawal pergerakan mereka – sekejap tengok sana, sekejap lari sini. Memang susah, bukan?

3. Mereka Tak Perlu ‘Komen’ Dan ‘Likes’ Untuk Rasa Bahagia

Pasangan bahagia juga tak perlu membuktikan ‘kebahagiaan’ mereka kepada sesiapa kerana orang yang penting untuk mengetahuinya adalah pasangan mereka sendiri. Ia bukannya bergantung kepada pandangan orang ramai, jumlah ‘Likes’ dan apa jua pujian terhadap mereka.

Melalui Business Insider, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pasangan yang benar-benar bahagia sebenarnya kurang ‘update’ status mereka kerana berasa cukup stabil dan cukup gembira dengan apa yang ada.

Setelah berjanji mengikat kasih, banyak pula dugaan yang datang

4. Mereka Ingin Fokus Pada Perkara Yang Penting

Bukannya mudah mahu ‘mengarang’ status yang romantis. Berapa kali taip dan padam agaknya. Jelas menunjukkan bahawa menulis status romantis memerlukan banyak masa.

Pasangan bahagia lebih rela memanfaatkan waktu yang ada untuk menghabiskan waktu bersama. Betapa terhadnya masa hanya anda yang tahu, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah mempunyai anak. Maka, kalau ada sedikit masa terluang pasti mereka akan saling memberikan perhatian penuh kepada pasangannya.

ciri calon suami

Foto Kredit: kiplinger.com

5. Orang Yang Jauh Dari Media Sosial Sebenarnya Lebih Bahagia

Sama ada anda menyedarinya atau tidak, media sosial itu memang boleh menjadi punca stres.

Kalau tak percaya, tengok sajalah bagaimana gambar-gambar indah rakan anda yang sedang melancong boleh menjadikan anda ‘moody’ dan sedih. Bukan itu saja, lihat sajalah pelbagai masalah dunia, beribu-ribu barang jualan, jenis status ‘mengarut’ daripada rakan, dan berapa banyak maklumat palsu yang yang berlegar-legar di dalamnya.

Melalui tinjauan oleh The Guardian, terbukti bahawa mereka yang mengurangkan aktiviti dalam media sosial dan langsung menutup akaun media sosial merasakan perubahan yang amat positif dalam hidup mereka.

Foto Kredit: livetheavenues.com

Foto Kredit: livetheavenues.com

Jangan Terlalu Cepat Buat Andaian

Tidak salah sekiranya kita ingin ‘update’ status media sosial sekali-sekala. Ia adalah perkara yang normal untuk dilakukan sebagai manusia yang suka berkongsi dan tidak suka bersendiri setiap masa.

Namun, jangan cepat membuat andaian bahawa pasangan yang selalu menunjukkan kemesraannya di media sosial adalah pasangan yang ideal dan tak pernah menghadapi masalah. Perlu diingat bahawa pasangan bahagia bukanlah pasangan yang tak pernah diuji, sebaliknya pasangan bahagia adalah mereka yang melalui setiap saat susah dan senang ini bersama-sama!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×