Famili

Tips Masak Sambal Ala Orang Lama, Kena Goreng 1 Bahan Ini Dulu. Baru Menjadi!

6
SHARES
TIPS MASAK SAMBAL

Sambal merupakan hidangan pelengkap yang penting dalam masakan Melayu. Walaupun ia kelihatan mudah untuk dihasilkan, namun anda masih perlu mengetahui tips masak sambal seperti perkongsian di bawah ini.

Sambal yang sedap dan menyelerakan sudah pastinya mampu memikat hati semua orang dan untuk menghasilkannya, anda kena masukkan 1 bahan rahsia ini sebelum menumis bawang.

Baca juga: 5 Jenis Koleksi Resepi Kek Paling Senang, Pertama Kali Cuba Pun Mesti Menjadi Elok!

TIPS MASAK SAMBAL BERKILAT ALA ORANG TUA, RUGI TAK CUBA

TIPS MASAK SAMBAL

Menerusi perkongsian Hasya Hassan di akaun TikToknya, dia ada mendedahkan satu ‘rahsia’ untuk menghasilkan sambal yang sedap dan berkilat.

Cara ini tidak disangka-sangka kerana masih ramai lagi yang tidak tahu dan jarang menggunakan tips masak sambal seperti dikongsikan.

Tipsnya adalah:

– Bakar belacan sebelum guna supaya aroma masakan sambal lebih memukau.

– Tips masak sambal berkilat dan sedap, kena goreng gula sampai jadi karamel.

– Basuh bahan masakan sebelum dipotong.

Cara buat karamel gula:

1. Guna minyak yang sudah digunakan untuk menggoreng ikan atau ayam.

2. Kemudian, masukkan gula mengikut rasa manis yang disukai.

3. Gaul gula sehingga larut mengguna api paling perlahan. Jangan guna api kuat kerana akan mudah hangus.

4. Biarkan sehingga tekstur minyak menjadi sedikit pekat.

5. Selanjutnya, boleh masukkan bahan tumisan lain seperti bawang merah.

6. Tumis seperti biasa dan masak sambal sehingga berkilat.

Tips masak sambal ini boleh dicuba sekiranya anda ingin sesuatu yang lain. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Terlajak Sedap, Pekat Berlemak Baru Puas Makan!

Sumber: TikTok Hasya Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×