Deko & Hias

Serabut Fikir Cara Hias Ruang Dapur? Cuba 7 Tips Dekorasi Ini, Barulah Nampak Lawa!

2
SHARES
dekorasi dapur

Ruang dapur adalah bahagian yang penting dalam sebuah rumah. Ia tempat anda menyediakan makanan, menyimpan peralatan makan, dan banyak lagi. Justeru itu, dekorasi dapur penting kerana ia mempengaruhi cara anda menjalani kehidupan seharian.

Walaupun anda mempunyai ruang dapur yang sempit sekalipun, namun dengan kaedah dekorasi yang tepat, pasti bahagian itu akan tampak luas dan selesa. Penting untuk anda mengetahui tips dekorasi ruang dapur menarik kerana indah mata memandang setiap kali masuk bahagian itu untuk makan atau masak. Jadi, ikuti tips menarik dekorasi dapur yang bakal penulis kongsikan ini!

Baca juga: DIY Langsir Kabinet Dapur (Table Top) Dengan 3 Barang Sahaja, Masih Sempat Berdeko Raya!

7 TIPS DEKORASI DAPUR RUMAH

1. PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN DI DAPUR

dekorasi dapur

Pengudaraan dan pencahayaan di dapur sangat penting kerana ia mempengaruhi cara anda berkarya dalam mendekorasi ruang itu.  Ia terbahagi kepada dua iaitu (natural) bukaan tingkap dan (mechanical) kipas & lampu. Tanpa cahaya yang secukupnya, bagaimana anda hendak membezakan gula dan garam?

Pastikan lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat. Anda sepatutnya tidak membayangi tempat kerja serta lampu perlu cukup terang agar senang untuk melihat sesuatu benda dengan mudah.

Bagi yang mempunyai ruang dapur sempit, guna roller blind yang cerah agar kawasan itu tampil cerah dan luas. Malah, konsep light through yang diletakkan di bawah kabinet gantung (wall unit kitchen) berfungsi menambah pencahayaan di ruang dapur selain untuk dekorasi kawasan itu.

2. KELUASAN RUANG DI DAPUR

Jika anda mempunyai ruang dapur besar dan luas, kreativiti dekorasi idaman pasti tidak akan menjadi terbatas. Ini kerana segala benda boleh dimasukkan dan disusun dengan mudah. Malah, aliran laluan juga tidak terbatas menyebabkan mudah untuk bergerak di dapur.

Namun, jika mempunyai dapur sempit dan terhad, anda perlu menjadi lebih bijak menggunakan daya kreativiti dalam susun atur.  Untuk mendapatkan ruang penyimpanan maksimum, anda boleh mencuba rekaan kabinet dapur (ceiling height). Penting untuk memastikan sebarang keputusan susun atur tidak akan menghalang laluan dan pergerakan anda semasa di dapur.

3. PEMILIHAN WARNA KABINET DAPUR

Warna menampilkan ekspresi pemilik dapur. Untuk mendapatkan kesan kilat di permukaan, anda boleh guna warna menyerlah atau cerah. Pilihan material kilat yang boleh anda cuba ialah acrilic, 3G Glass, HPL Laminated. Kesan kilat itu akan membuat dapur tampak mewah.

Berbeza dengan warna hitam, kesan warna tidak kilat atau matte lebih sesuai untuk anda pilih. Anda boleh mencuba konsep garang dan Modern Luxury. Malah, kesan kotoran juga kurang nampak melalui pemilihan warna gelap. Bahan-bahahnnya adalah seperti Melamine Board, Spray Paint, Powder Coat dan HPL Laminated.

4. KESELAMATAN DI DAPUR

dekorasi dapur

Tahukah anda dapur adalah tempat dalam rumah yang paling cenderung untuk berlakunya kemalangan? Maka, dekorasi dapur anda perlukah mentitik beratkan faktor keselamatan supaya dapat menurunkan risiko kemalangan. Sediakan alat pemadam api di dapur untuk tujuan kecemasan.

Selain itu, letakkan peralatan tajam seperti pisau di kedudukan yang selamat dan paling penting sukar dicapai oleh kanak-kanak. Cuba juga untuk sembunyi tong gas anda. Pendawaian elektrik juga perlu disorok dan jauh dari bahagian memasak dan singki.

Untuk mengelakkan tersangkut dan terlanggar pada bahagian pinggang atau baju, konsep Hidden Handle di pintu kabinet sesuai buat anda. Bagi si kecil, ia mampu mengelakkan hentak di kepala mereka.

5. PERALATAN DI DAPUR

Sudah tentu peralatan wajib di dapur adalah dapur untuk memasak, singki untuk mencuci, dan peti sejuk. Kabinet dapur dan set kerusi meja pula merupakan asas untuk sebuah dapur yang lengkap. Hanya sedikit sentuhan kreativiti yang diperlukan untuk memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang hampir antara satu sama lain supaya dapat memudahkan anda bergerak.

Rancang dengan sebaiknya ruang simpanan setiap peralatan agar selamat dan tidak membahayakan anda kelak ketika melakukan aktiviti di dapur.

6. PEMILIHAN MATERIAL KABINET DAPUR

Seperti umum tahu, dapur mudah kotor dan basah. Justeru itu, material untuk permukaan lantai dan di dinding mestilah senang dicuci terutama bahagian dapur dan singki. Anda boleh memilih tile jenis homogeneous tiles kerana ia tidak terlalu licin.

Untuk bahagian dinding pula Backsplash Wall Kitchen adalah bagus kerana ia mudah dibersihkan. Antara pilihan bahan adalah tiles, glass, Cerarl laminated. Penting untuk anda pilih bahan kalis air, tahan haba dan panas.

Aspek yang sama untuk peralatan dapur seperti kabinet dapur, pastikan ia merupakan material yang tahan panas, basah, lasak dan mudah dicuci. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar mengenai kelebihan dan kekurangan setiap jenis material untuk membuat kabinet.

7. PERHIASAN DI DAPUR

dekorasi dapur

Dapur perlulah kelihatan ceria dan menarik. Anda perlu menggunakan kreativiti untuk mencantikkan  dekorasi dapur. Sebagai contoh, guna alas meja dan hiaskan bersama pasu bunga yang cantik.

Boleh juga anda menggantung sesuatu di dinding dapur seperti gambar, jam atau apa je yang menarik demi membuatkan ruang itu nampak ‘hidup’. Untuk tingkap, janganlah biarkan ia bogel tapi pakaikan langsir atau bidai mengikut kesesuaian.

Dekorasi dapur cantik, barulah semangat nak masak dan makan. Tak adalah rasa kusam je setiap kali masuk dapur rumah sendiri. Ruang itu jugalah tempat untuk anda meluangkan masa bersama keluarga selain di ruang tamu, jadi penting untuk anda meluahkan segala kreativiti yang ada dalam diri pada dapur anda.

Sumber: AZR Kitchen Sdn Bhd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×