DIY & Kraf

Bukan Sekadar Dapur, Ini Cara Nak Pastikan Ruangan Dapur Anda Selamat Digunakan!

57
SHARES

Matlamat ‘Rumahku Syurgaku’ menjadi impian untuk semua keluarga. Memiliki rumah selesa mampu mewujudkan suasana harmoni bersama keluarga tercinta. Selain ruang tamu yang menjadi tempat penting untuk dihias, dapur juga perlu dititikberatkan agar keselamatan sentiasa terjaga dan terjamin.

Justeru itu, untuk anda yang bakal memasuki rumah baharu, apa kata kita ikut tips atau panduan yang dikongsi oleh pemilik Facebook bernama Azizul Azli. Keselamatan lebih penting dari segalanya! Ingat tu…

Baca juga: Nak Tukar Pintu Rumah? Ini Kelebihan Tukar Pintu Jenis ‘Handle’ Berbanding Tombol

BUKAN SEKADAR DAPUR, INI CARA NAK PASTIKAN RUANGAN DAPUR SELAMAT DIGUNAKAN

Menerusi perkongsian Azizul Azli, terdapat tujuh faktor perlu dititikberatkan sebelum membina dapur idaman agar selamat digunakan ketika memasak.

1. Ruang dapur bukan hanya untuk kelihatan cantik. Tetapi harus berfungsi dengan baik.

2. Dapur cantik belum tentu ia berfungsi dengan baik buat penghuninya bekerja.

3. Pilih kekemasan lantai yang tidak mudah licin jika sesuatu tumpah keatas lantai.

4. Bahan kekemasan rekabentuk kaunter sebaiknya tahan lama dan kukuh binaannya.

5. Dapatkan khidmat pakar untuk buat kabinet dapur kita. Mereka tahu ergonomic yang betul untuk sesuatu ruang.

6. Pastikan ruang dapat kita selesa ketika isteri dan kita bekerja. Sediakan makan tenghari sejam 30 minit. Makan hanya makan masa 37 minit.

Bersihkan makanan dan cuci pinggan makan masa 27 minit lagi. 2 jam berada didapur mestilah tak buatkan isteri kita letih dan tak selesa.

7. Pencahayaan dan pengudaraan penting agar bau dan udara mengalir dengan baik.

Sumber: Facebook Azizul Azli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×