DIY & Kraf

Nak Tukar Pintu Rumah? Ini Kelebihan Tukar Pintu Jenis ‘Handle’ Berbanding Tombol

30
SHARES

Pemilihan alatan rumah antara perkara yang perlu dititikberatkan. Hal ini kerana tanpa kita sedar  setiap bentuk alatan mempunyai fungsi yang berbeza. Seperti contoh pemilihan pintu dan tuilnya. Ada tuil yang menggunakan tombol dan ada juga jenis pemegang.

Perkongsian tentang pemilihan pintu yang betul diulas lebih lenjut oleh seorang doktor perubahan rehablitasi iaitu Dr Kamarul Ariffin di laman Facebooknya. Pilih pintu yang betul, baru senang nak buat kerja..

Baca juga: Cara Kemas & Simpan Wayar Kabel, 15 Minit Je Dah ‘Settle’!

NAK TUKAR PINTU RUMAH? INI KELEBIHAN TUKAR JENIS ‘HANDLE’

Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).

Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?

1. Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).

2. Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.

3. Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.

4. Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.

5. Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.

Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.

Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibu bapa kita pun akan selesa.

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×