Deko & Hias

Transform Bilik Jadi ‘Rumah Kecil’ Siap Dapur, Jaga Privacy Walaupun Tinggal Dengan Mertua

136
SHARES

Bukan semua pasangan suami isteri yang dapat memulakan rumahtangga di rumah sendiri. Ada yang perlu menyewa dan ada juga yang perlu mengikut suami dan tinggal bersama keluarga mertua. Jadi, bila tinggal dengan keluarga mertua sudah pastinya ada batasan dari segi pergerakan kerana perlu menjaga aurat bukan? Lebih-lebih lagi jika ipar pun turut berada dalam rumah yang sama.

Jadi, wanita ini kongsikan cara beliau transform bilik tidurnya yang luas menjadi ‘rumah kecil’ dimana terdapat dapur dan kawasan menyimpan barang keperluan dalam sekitar kawasan bilik sahaja. Walaupun tinggal bersama mertua, masih ada lagi ruangan privacy antara suami dan isteri.

UBAHSUAI BILIK JADI RUMAH KECIL

Dapur dalam bilik tidur! Belum ada rumah sendiri, duduk dengan mertua. Dalam rumah ada dua lagi family ipar duduk sekali. Rasa pergerakan terbatas bila masak-masak dekat bawah, yelah pakaian kita kena jaga kan. Bukan boleh pakai macam di rumah sendiri.

Pujuk encik husband untuk renovate bilik sikit buat dapur dalam bilik memandangkan bilik pun luas. Tadaaa, dah siap!

Dalam bilik pakai dapur elektrik, ada blower, ada tingkap, ada pintu. Bau masuk bilik tu ada tetapi tidaklah sampai bau tilam dan baju.

Nak makan apa cakap je. Barang kelengkapan dalam peti sejuk semua lengkap walaupun peti sejuk tak besar. Tetapi bagi saya, ini syurga kecil kami.

Rumah ini di Brunei, MIL sis yang cadangkan supaya sis buat dapur dalam bilik supaya lebih selesa dari segi aurat dan sebagainya.

Sumber: Ain Zaki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×