Asuh

Kalau Susah Beri Anak Makan Ubat, Guna 7 Strategi Ini

144
SHARES
anak makan ubat

“Ina, pegang tangan dan kaki adik Asraf kuat-kuat, mama nak masukkan ubat selesema kat dalam mulut dia ni. Baik-baik jangan sampai diterajang.”

Siapa kata senang nak bagi anak makan ubat?

Tak padan dengan kecil tapi tenaga macam orang besar. Silap hari bulan, digigitnya tangan kita yang sedang nak suapkan ubat.

Lagi teruk, dah puas ‘berperang’ nak masukkan ubat, tiba-tiba dimuntahkannya balik.

Memang mencabar!

cara beri anak makan ubat

Foto Kredit: babysguide.ru

7 Strategi Beri Anak Makan Ubat

Ada tak strategi yang boleh digunakan untuk beri anak makan ubat dengan mudah tanpa perlu ‘berperang’?

1. Bergurau Senda

“Biasanya saya akan bergurau senda dengan Batrisya di lantai. Kami akan main ‘peekaboo’ sambil tutup mata.”

“Dalam tutup mata tu, perlahan-lahan saya akan masukkan syringe yang mengandungi ubat.”

“Sebelum Batrisya tau, dia dah pun telan ubat tu”.

– Puan Suraya

2. Elak Terkena Lidah

Bila ubat yang pahit terkena lidah, memang mereka akan muntahkan balik ubat.

Kita yang dewasa pun macam tu, kan?

“Jadi untuk elak Daniel keluarkan semula ubat, saya akan masukkan ubat dalam ‘syringe’. Selepas itu, saya masukkan ‘syringe’ hingga ke hujung mulut Daniel dan tekan perlahan-lahan.”

“Ubat akan terus masuk ke dalam kerongkong tanpa perlu Daniel rasa pahitnya. Sampai sekarang Daniel tak ada masalah nak makan ubat.”

– Puan Kalsum

anak makan ubat

Foto Kredit: netdoctor.co.uk

3. Beri Pilihan

“Anak-anak saya semuanya makan ubat sendiri. Sebab saya beri pilihan pada mereka sama ada saya yang suapkan atau mereka makan sendiri.”

“Kalau saya suapkan, memang kena kasar sikit, maklumlah anak lelaki. Tapi itulah, saya kena ikut mood mereka pula bila nak makan ubat.”

” Tapi saya tak kisahlah asalkan mereka mahu makan ubat, saya turutkan saja ‘mood’ mereka.”

– Puan Ummi

Sebenarnya, apabila kita memberi pilihan kepada anak kecil, ia akan memberi mereka perasaan ‘berkuasa’ dan ‘tanggungjawab’.

Sedikit sebanyak, ia mampu memberi kekuatan untuk anak makan ubat walaupun mereka tidak menyukainya.

Selain itu, anda juga boleh memberi mereka memilih jenis sudu yang mahu digunakan, seperti sudu berwarna atau bergambar kartun. Sesetengah ibu bapa ada membelikan sudu kegemaran anak untuk menggalakkan anak makan ubat apabila sakit.

4. Makan Ais Sebelum Makan Ubat

“Ikutkan memang tak elok makan ais selalu. Tapi, kalau Pamela makan ais atau makan ais krim, mulut dan lidahnya jadi kebas-kebas.”

Bila sudah kebas, saya akan suruh anak makan ubat, jadi tidaklah teruk sangat rasa sangat ubat tu.”

– Puan Prema

5. Ambil Yang Berperisa

“Saya memang minta ubat yang mempunyai perisa. Kalau tak ada perisa, yang ada warna.”

“Bila Zafirah makan, dia ingat itu gula-gula sampai dia yang selalu ingatkan saya waktu makan ubat”.

– Puan Wan Noraini

6. Main Doktor-doktor

tips beri anak makan ubat

Foto Kredit: messforless.net

“Si kembar Dania dan Damia suka main doktor-doktor. Bergilir-gilir jadi pesakit. Jadi saya gunakan peluang beri anak makan ubat sewaktu mereka main.”

“Saya akan suruh Damia suapkan Dania dan seterusnya Dania suapkan Damia.”

“Tidak pun, saya suapkan terlebih dahulu pada patung beruang kesayangan mereka, kemudian saya suapkan mereka. Memang berkesan.”

– Puan Haslinda

7. Jujur

“Kami sekeluarga lebih suka berkomunikasi dengan jujur. Sebaik tiba masa nak makan ubat, saya akan beritahu anak yang ubat ini akan hilangkan sakit mereka.”

“Kalau tak makan, nanti badan lagi sakit. Tak boleh nak jumpa dan main dengan kawan-kawan. Jadi, lebih senang beri anak makan ubat jika mereka faham keadaan sebenar.”

– Puan Zaleha

anak makan ubat

Foto Kredit: todaysparent.com

Jadikan Waktu Anak Makan Ubat…

….satu pengalaman yang seronok bagi mereka.

Elak memberi tekanan kerana sekali mereka takut makan ubat, mereka akan beri tindak balas negatif menjadikan sukar untuk memberi ubat.

Ubah suasana agar anak sendiri yang minta diberi makan ubat.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×