Sihat

Stresnya Gigi Berlubang! Ini 7 Petua Mudah Hilangkan Sakit Gigi

193
SHARES
hilangkan sakit gigi

“Ish kerja banyak tak siap lagi, baju belum lipat, makan malam belum siap, gigi ni pulak nak berdenyut-denyut. Semalam lubang kecil, hari ini tengok dah membesar lagi. Macamana nak hilangkan sakit gigi ni!”

Siapa yang tak pernah mengalami sakit gigi bukan? Tambahan pula kalau sakit gigi berlubang. Sakitnya bukan main lagi, satu kerja pun tak boleh dijalankan.

Waktu inilah stres meninggi, emosi pun jadi tak stabil. Apa yang lalu di depan mata, nak dimarah saja. Tapi nak mencari ubat di klinik, sudah lewat malam. Nak keluar ke kedai pun, sudah tutup. Haih, pening pening.

7 Petua Mudah Hilangkan Sakit Gigi

Sebenarnya banyak kaedah atau petua tradisional yang boleh digunakan untuk hilangkan sakit gigi berlubang buat sementara waktu.

Sangat mudah diamalkan memandangkan kebanyakan bahannya memeng tersedia di dapur rumah. Jadi, jom ikut tips dan petua dibawah!

1. Membersihkan Mulut Dan Gigi

Semenjak kecil lagi kita sudah disogok dengan betapa pentingnya penjagaan gigi yang sempurna. Kalau dulu sewaktu kecil ibu selalu berpesan “Berus gigi sebelum tidur, nanti dimakan ulat!”.

Gigi perlu diberus dengan menggunakan kaedah dan juga pada waktu yang betul. Bakteria merupakan sebab utama sakit gigi berlanjutan. Ia juga merupakan penyebab kepada kerosakan gigi dan gusi.

Jadi, hilangkan sakit gigi dengan membersihkan mulut supaya dapat membunuh bakteria tersebut.

Sebagai langkah penjagaan, jangan lupa atau malas untuk membersihkan gigi dan mulut beberapa ketika setelah selesai makan.

2. Garam

hilangkan sakit gigi

Foto Kredit: phunukiueviet.com

Ini adalah merupakan bahan paling mudah untuk didapati di rumah. Mustahil di dapur sesebuah rumah tidak mempunyai garam bukan?

Ternyata di sebalik rasa masin garam tersebut, kandungan sodiumnya mampu hilangkan sakit gigi yang berlubang.

Caranya mudah sahaja, ambil sedikit garam dan larutkan di dalam segelas air mineral suam dan gunakan larutan tersebut sebagai bahan kumur atau “mouthwash”.

Boleh dikumur berkali-kali sehingga rasa denyutan tersebut berkurangan. Tetapi anda tidak disarankan untuk mengunyah garam tersebut.

3. Limau Nipis

Siapa kata limau nipis hanya boleh dijadikan bahan minuman, masakan, dan cucian semata-mata? Selain daripada kegunaan-kegunaan tersebut, limau nipis juga boleh bertindak sebagai ubat!

Caranya, potong limau nipis kepada bahagian-bahagian kecil lalu diperah jusnya ke dalam bekas. Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut, lalu titiskan sedikit demi sedikit ke atas bahagian gigi yang sakit.

Berhenti seketika dan ulang lagi setelah 10 minit berlalu sehingga habis jus. Vitamin C yang terkandung di dalam limau nipis mampu hilangkan sakit gigi yang dialami.

4. Bawang Putih

 

hilangkan sakit gigi

Foto Kredit: superselectos.com

Bawang putih bersifat antibiotik , dan sangat efektif untuk mengurangkan sakit gigi. Bagaimana?

Ambil satu labu bawang putih dan kupas kulitnya. Tumbuk sehingga halus, tambahkan sedikit garam dan kemudian oleskan pada bahagian gigi yang sakit.

Ulangi langkah rawatan ini beberapa kali atau beberapa hari untuk menghilangkan sakit tersebut.

5. Bawang Merah

Selain bawang putih, bawang merah juga boleh digunakan sebagai ubat.

Ambil satu labu bawang merah, kupaskan kulitnya lalu dihiris. Kemudian kunyah hirisan bawang tersebut menggunakan bahagian gigi yang sakit sehingga rasa sakitnya hilang.

Jika tidak mampu untuk mengunyah, hirisan bawang tersebut boleh digosok pada gigi.

Ini dapat membantu membunuh bakteria penyebab jangkitan.

6. Biji Asam Jawa

hilangkan sakit gigi

Foto Kredit: keralaayurveda.biz

Untuk biji asam jawa, ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisarkan sehingga halus. Oleskan biji yang telah dikisar itu pada gigi.

Simpan lebihan bahan tersebut dan boleh digunakan semula apabila sakit kembali.

7. Tuam Menggunakan Ais

Akhir sekali, untuk menghilangkan sakit gigi di rumah, ambil beberapa ketul ais lalu masukkan ke dalam beg plastik. Kemudian, tuam di atas pipi bahagian gigi yang sakit.

Langkah ini bertindak seperti menggunakan ubat kebas dan mampu meredakan sakit buat sementara waktu.

hilangkan sakit gigi

Foto Kredit: md-health.com

Kunjungi doktor gigi sekiranya perlu…

Anda perlu cepat berkunjung ke klinik gigi dan menampal lubang pada gigi dengan segera untuk mengelakkan lubang tersebut menjadi lebih teruk.

Haruslah diingat bahawa petua di atas hanya mampu mengurangkan sakit gigi buat sementara waktu sahaja.

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×