Kini Trending

TERKINI: Senarai Protokol Baharu Menjelang Hari Raya Berkuatkuasa 1 Mei Ini

27
SHARES

Ketetapan protokol baharu akan berkuat kuasa 1 Mei 2022. Perkara ini turut membabitkan kes positif Covid-19 boleh dilepaskan dari kuarantin lebih awal jika mereka diuji negatif pada hari keempat.

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi.

Baca juga: KKM Benarkan Penjaga Menemani Pesakit & Terima Pelawat Bermula Sabtu Ini

SENARAI PROTOKOL BAHARU MENJELANG HARI RAYA BERKUATKUASA 1 MEI

Namun pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan (indoor) dan di dalam pengangkutan awam termasuk e- Hailing.

Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Walau bagaimanapun, kes positif Covid-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.

PROTOKOL SAMBUTAN HARI RAYA

KELONGGARAN SOP COVID-19

SOP untuk pelajar sekolah bagi mereka yang belum divaksin, digalakkan untuk memakai pelitup muka. Untuk kanak-kanak jika belum divaksin digalakkan untuk memasak pelitup muka.

KKM akan terus memantau situasi Covid-19 di dalam dan luar negara serta komited meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan. Bekalan alat perlindungan diri (PPE) dan ubat-ubatan termasuk anti-viral juga akan dipastikan mencukupi pada setiap masa.

Sumber: Facebook KKM 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×