Rakyat

KKM Benarkan Penjaga Menemani Pesakit & Terima Pelawat Bermula Sabtu Ini

4
SHARES

Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan penjaga menemani pesakit di wad dan menerima pelawat, bermula Sabtu ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelonggaran itu berdasarkan kriteria tertentu. Tatacara perlaksanaan kebenaran itu tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital serta wad.

Baca juga: Ahli KWSP Kena Tunggu Lebih Lama Sebelum Layak Buat Pengeluaran Akaun 2- KWSP

KKM BENARKAN PENJAGA MENEMANI PESAKIT & TERIMA PELAWAT

Dr Noor Hisham berkata, secara umum pelawat atau penjaga yang dibenarkan untuk melawat dan menemani pesakit perlu berusia 12 tahun dan ke atas, sudah dilengkapi vaksin Covid-19 serta tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19, seperti mempunyai pelbagai komorbiditi atau sistem imuniti yang lemah.

Memetik laporan BH Online, bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam, sebelum ketibaan ke hospital dengan tarikh dan masa ujian berserta gambar dinyatakan sebagai bukti.

“Mereka juga tidak disyaki menghidapi COVID-19 atau individu dalam pemantauan (PUS) atau bergejala COVID-19.

“Individu terbabit juga perlu mengisi borang deklarasi COVID-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan,” jelasnya.

Antara kriteria khusus yang perlu dipatuhi mengikut kategori pesakit yang dilawati, iaitu pesakit terbabit bukanlah pesakit Covid-19 serta individu yang ingin menemani ibu hamil semasa proses bersalin, perlu menjalani ujian saringan Covid-19 iaitu RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif.

Bukan itu sahaja, kelonggaran untuk melawat ahli keluarga kepada pesakit bukan Covid-19 yang berada sama ada di wad, unit rawatan rapi (ICU) atau sedang tenat juga dibenarkan, terhad kepada dua pelawat pada satu-satu masa.

KKM hanya membenarkan penjaga untuk pesakit Covid-19 yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak saja.

“Bagi tujuan itu, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif. Ujian RTK-Ag kendiri perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.

“Tiada pelawat dibenarkan bagi pesakit Covid-19 9, kecuali bagi pesakit yang sedang tenat sama ada di wad atau di ICU dengan kebenaran hanya dua pelawat pada satu-satu masa dan ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri, digalakkan sebelum lawatan,” jelasnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×