Kini Trending

Elak Sesak Cuti Perayaan, Ini Cadangan Waktu Terbaik Untuk Pengguna KLK & LPT 1

36
SHARES

Setelah hampir sebulan menjalani ibadah puasa, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Lebih mengembirakan kerana perayaan tahun ini dibenarkan untuk merentas negeri dan berkumpul bersama seisi keluarga di kampung.

Bagi anda yang menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti perayaan, boleh ikuti cadangan waktu yang dimuat naik di Twitter rasmi milik LPT Trafik.

Baca juga: Sebelum Rentas Negeri, Ini Cara Nak ‘Check’ Dulu Lebuh Raya Sesak Atau Tak

ELAK SESAK, INI CADANGAN WAKTU UNTUK PENGGUNA KLK & LPT 1

Bagi mereka yang menuju ke Pahang dari Plaza Tol Gombak, opsyen pertama adalah antara jam 10 pagi hingga 2 petang manakala opsyen kedua antara jam 8 malam hingga 11 malam.

Manakala untuk yang mahu ke Terengganu dan Kelantan, opsyen pertama bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi dan cadangan kedua antara jam 5 petang hingga 8 malam. Waktu perjalanan bebas antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi untuk ke destinasi lain.

Menerusi infografik itu juga, perjalanan pulang bermula 7 Mei dari Pahang ke Plaza Tol dinasihati untuk memulakan perjalanan jam 6 pagi hingga 10 pagi dan 7 malam hingga 10 malam.

Bagi anda yang mahu pulang ke Kuala Lumpur atau Selangor dari Terengganu disaran masuk di Plaza Tol Jabor bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 8 malam hingga 10 malam.

Manakala dari Kelantan pula disyor masuk di Plaza Tol Bentong bermula jam 6 petang hingga 8 malam atau 10 malam hingga 12 tengah malam.

Ikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Pandu berhati-hati di musim perayaan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Sumber: Twitter LPT Trafik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×