Famili

Lari Maraton Kat Lebuh Raya? IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018 Pasti Buat Anda Rasa Puas

13.6K
SHARES

Aktiviti paling mudah dilakukan dalam sukan adalah berlari. Anda hanya perlu kawasan larian atau trek yang sesuai. Lagi mudah kalau buat dalam kawasan kejiranan rumah anda. Sesuai sebagai aktiviti riadah buat anda sekeluarga.

Kalau nak lain dari yang lain, apa kata anda slow jog di lebuh raya. Bukan selalu dibuat orang bukan? Mesti best. Tak lama lagi akan ada larian maraton di lebuh raya. Wow! Apa dia agaknya? Yang suka lari patut tahu pasal ni.

Sertai Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018, Pasti Seronok!

Kalau tak ada plan di hujung minggu, apa kata anda sertai Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018. Ia akan diadakan tak lama sahaja lagi. Tahun lepas pun dapat sambutan yang menggalakkan. ? Lebih 15 000 peserta. Memang meriah habis!

Program ini adalah kerjasama antara IJM Corporation Berhad (IJM) dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz) selaku penaja utama, serta Besraya (M) Sdn Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd dan EC Pixels selaku penganjur program. Gabungan yang sangat awesome!

IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017, Official Video

Throwback to 2017 NPE Series of IJM Duo Highway Challenge 2017. 2018 Edition is coming soon! Stay Tune!

Posted by IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018 on Wednesday, 10 January 2018

Jom tengok video throwback Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge tahun lepas. Yang pernah sertai mesti terimbau kenangan. Memang seronok pun. Lebih-lebih lagi kalau pergi dengan keluarga. Dah tengok ni mesti nak join lagi tahun ni.

<< DAFTAR IJM ALLIANZ DUO HIGHWAY CHALLENGE 2018 DI SINI >>

Lebuhraya Ditutup Sepenuhnya, Dijamin Selamat

Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018 bakal diadakan di dua lebuh raya iaitu Lebuhraya NPE dan BESRAYA. Jangan risau, anda akan berlari dengan tenang. Lebuh raya bakal ditutup sepenuhnya bagi memberi laluan kepada acara ini.

Tapi bila diadakan? Ha, take note! Untuk larian di Lebuhraya BESRAYA, ia akan diadakan pada 29 April 2018. Larian di Lebuhraya NPE pula pada 29 Julai 2018. Apa kata anda sertai kedua-duanya sekali. Baru nampak semangat nak berlari tu. ? Hihi.

Peluang Menangi Wang Tunai RM72K & Pelbagai Barangan Menarik

Banyak gila jumlah wang tunai akan dimenangi dalam Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018. Rm72k! ? Kalau tak nak, tak tahu nak cakap apa. Peluang keemasan ni. Yang hebat larian jarak jauh tu rugi kalau tak join. Manalah tahu anda boleh jadi pemenang.

Dah jadi peserta takkan tak dapat apa-apa? Eh, mestilah ada! ? Antara barang yang akan diberi kepada peserta sewaktu Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018 ialah drawstring bag, event t-shirt, finisher t-shirt dan finisher medal. Syoknya!

Untuk pengetahuan anda, finisher t-shirt hanya diberi pada peserta yang berjaya habiskan Challenge Run 13km (Lebuhraya BESRAYA) dan 21km (Lebuhraya NPE). Lari sampai garisan penamat tau. ? Paling syok, t-shirt yang diberi adalah daripada jenama Brooks. Fuh!

Daftar Dengan Special Package, Boleh Dapat Harga Istimewa

Bersemangat nak jadi peserta Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018? Admin cadangkan anda daftar dengan Special Package. Boleh dapat harga istimewa iaitu RM140 untuk dua acara sekaligus. Bukan harga istimewa sahaja. Ada yang lain.

Anda boleh upgrade drawstring bag kepada dry bag untuk Challenge Run di Lebuhraya NPE. Selain itu, boleh dapat medal stand untuk combination medal. Yay! Terhad kepada 4000 penyertaan sahaja jadi cepat-cepat daftar! ?

Jom Sertai Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018

Anda nak info penuh tentang Larian IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018? Nah, admin bagi flyer siap-siap kat bawah ni. Lagi senang nak usha. Hee. ? Jangan lupa share kat keluarga dan kawan-kawan ya. Lagi ramai lagi meriah!

Nak info lebih lanjut, boleh terus klik sini untuk ke laman web IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018. Jangan lupa like dan follow Facebook IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018 untuk tahu perkembangan terkini mereka.

Jadi bolehlah lari puas-puas kat lebuhraya dengan selamat sewaktu event nanti. ?‍♀️?‍♂️ Pendaftaran masih lagi dibuka tau. Boleh klik terus kat bawah ni untuk daftar. Dah sedia nak lari? Ke garisan, sedia, mula! ?

<< DAFTAR IJM ALLIANZ DUO HIGHWAY CHALLENGE 2018 DI SINI >>

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×