Asuh

Tuah Bayi Usia 8 Bulan Terkenan Wajah Kacak Tengku Hassanal, Memang ‘Copy Paste’!

899
SHARES
tengku mahkota pahang

Selalunya ibu hamil akan melihat wajah individu yang disukainya, terutama sekali yang cantik atau kacak supaya wajah anak yang dikandung akan ‘terkenan’. Namun, tidak seperti ibu ini apabila tular di laman media sosial wajah anaknya yang berusia 8 bulan persis Tengku Hassanal, Tengku Mahkota Pahang walaupun semasa hamil tidak menatap wajah Tengku!

Mungkin benar kata orang bahawa dalam dunia ini, setiap individu mempunyai 7 orang pelanduk dua serupa…

Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!

BAYI WAJAH PERSIS TENGKU HASSANAL, TENGKU MAHKOTA PAHANG

tengku mahkota pahang

Wajah Muhammad Arshaka bersama ibu dan ayahnya.

Tular di laman media sosial apabila seorang bayi berusia 8 bulan ‘dilabel’ wajahnya mirip seperti putera yang digilai ramai iaitu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang.

Bayi bernama Muhammad Arshaka Idraki Azizi sudah mengecap populariti di laman sosial dan persamaan wajah itu disedari warganet selepas ibunya, Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, berkongsi video Muhammad Arshaka Idraki di TikTok. Ibunya memberitahu bahawa ketika anaknya umur lima ke enam bulan, dia ada kongsi satu videonya di TikTok dan ramai tinggalkan komen mengatakan wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.

“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya. Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak dan warga media sosial yang hamil pun berhajat supaya anak mereka ‘terkenan’ juga.

TENGKU AMPUAN PAHANG PUN SETUJU!

tengku mahkota pahang

Lebih mengejutkan apabila mendapat komen daripada bonda Tengku Hassanal iaitu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut bersetuju bahawa wajah anak mereka adalah seiras!

Secara jujurnya, dia dan suami berharap dapat bertemu Tengku Hassanal, kalau boleh nak bergambar sama untuk kenangan cuma belum ada kesempatan. Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti pertemuan dua insan yang wajah seiras ini bukan?

Tidak ketinggalan, ibu Muhammad Arshaka berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial. Sebagai ibu, sudah tentunya dia berharap yang terbaik buat anak, semoga berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti.

*Mak ayah pun comel, anak comel dan Tengku Hassanal pun comel!

@intanfadzlyanaa Replying to @aleea zulaikha oky nampaknya Arshaka nak jadi Tengku dah 🤣🤣 #LearnOnTiktok #masukberanda #fyp #zyxcba #fakesituation⚠️ #Hello2024 #arshakaidraki #babytiktok #trendingsound #tengkuhassanal ♬ Gemoy – Febri Handika

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

Sumber: Tiktok @intanfadzlyna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×