Famili

Tempurung Kepala Retak, Tragedi Cemas Tubuh Anak Dihempap Almari

331
SHARES

Kanak-kanak yang sedang membesar memang akan mempunyai sifat ingin tahu dan aktif mencuba sesuatu yang baru. Jadi, ibu bapa perlu lah sentiasa berhati-hati dengan sekeliling dan pantau anak-anak supaya tidak berlaku apa apa yang tidak diingini. Malang tidak berbau, ibu ini kongsi detik cemas anaknya dihempap almari yang sebabkan tempurung kepalanya retak.

ALMARI HEMPAP JATUH KE SELURUH TUBUH AMMAR

Bayangkan almari ni hempap satu tubuh si kecil Mommy. Maafkan Mommy sayang

Satu pengajaran buat kami. Tolong ibubapa kat luar sana hati-hati dengan almari dekat rumah, semalam tragedi yang buat saya terketar-ketar tak mampu buat apa bila tengok depan mata, almari petak-petak kayu setinggi dua meter lebih jatuh atas Ammar seluruh tubuh kena.

RETAK DI KEPALA

Terus saya bawa Ammar ke HUSM, pergi ke kecemasan. Doktor scan, doktor cakap ada RETAK di kepala. Masuk wad kecemasan ZON MERAH dan doc pakar bahagian otak cakap nak buat CT SCAN, takutnya ada PENDARAHAN dalam kepala.

TIADA PENDARAHAN CUMA RETAK DI TEMPURUNG KEPALA

Ya Allah time ni Allah je tahu macam mana perasaan ibu. Tapi Alhamdulillah lepas buat CT SCAN, sujud syukur padaMu Ya Allah tak ada pendarahan dalam kepala. Cuma ada retak di tempurung kepala. Buat masa sekarang kena pantau supaya tak ada yang serius. Doa kan Anak Mommy cepat sihat dan sembuh mcm sediakala. Tq yang mana tanya khabar dan doa untuk kami.

*Semoga dijadikan iktibar.

Sumber: Kakak Ain Azman

Most Popular

To Top
×