Percutian

Keretapi Dari Padang Besar-Hatyai Kembali Beroperasi 15 Julai Ini!

1K
SHARES
tempat best hatyai

Nampaknya ramai dalam kalangan kita yang sudah merancang untuk melancong bukan sahaja dalam negara, malah ke luar negara juga. Kalau pergi ke negara yang lebih jauh memerlukan kos yang tinggi, ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk ke negara jiran seperti Thailand sahaja.

Buat anda yang sukakan eksplorasi dalam perjalanan, anda boleh ke Thailand atau secara spesifik, Hatyai menaiki keretapi yang akan kembali beroperasi 15 Julai ini.

Baca juga: Riverine Splash, Taman Tema Terbaharu Di Selangor Anda Kena Pergi!

KERETAPI DARI PADANG BESAR KE HATYAI BEROPERASI 15 JULAI INI

Berita baik buat anda yang suka ke Thailand adalah, perkhidmatan keretapi dari Padang Besar ke Hatyai bakal kembali beroperasi bermula 15 Julai ini!

Rakyat Malaysia kini boleh menggunakan perkhidmatan keretapi ‘shuttle’ dari Padang Besar ke Hatyai dengan mudah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merasakan pengalaman menaiki perkhidmatan ETS dalam ‘business class’ dari KL Sentral, Pulau Pinang, Ipoh dan bandar lain untuk ke Hatyai.

BANYAK KEMUDAHAN MENARIK!

Antara kemudahan yang anda boleh dapat dalam perkhidmatan keretapi ini adalah: –

– Akses ke Ruby Lounge

-Sistem hiburan skrin sentuh dalam keretapi

-Port mengecas dan USB

-WIFI Percuma

– Bantuan keselamatan atas keretapi

-Makanan disediakan atas keretapi

-Kit kemudahan turut disediakan

-Kafe

-Kemudahan tandas.

*Peringatan penting: Turun di stesen Padang Besar dan terus ke imigresen Thailand untuk pengesahan. Kemudian, boleh ambil shuttle train, bas, minivan atau teksi ke Hatyai. Boleh book tiket di https://online.ktmb.com.my

Sumber: Travel Rookie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×