Sihat

Alat Perubatan Wajib Ada Di Rumah Untuk ‘Home Quarantine’

117
SHARES

Berikutan peningkatan kes Covid-19, bagi anda yang terkena jangkitan pada tahap 1 dan 2 disarankan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah sahaja. Hal ini kerana peningkatan kemasukan ke wad hospital dan lebih tertumpu kepada mereka yang dijangkiti pada tahap 3-5 yang ternyata lebih berisiko.

Bila menjalani proses kuarantin di dalam rumah, perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi iaitu tidak keluar dari rumah dan ‘update’ status kesihatan di dalam aplikasi MySejahtera.

Baca juga: Kenali Apa Itu ‘Happy Hypoxia’, Pembunuh Senyap Covid-19!

ALAT PERUBATAN PERLU STANDBY DI RUMAH

Bukan itu sahaja, ada beberapa peralatan kesihatan yang anda perlu sediakan di dalam rumah supaya dapat memantau tahap kesihatan sepanjang tempoh kuarantin. Penting untuk ambil tahu perkara ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

1.Alat tekanan darah

Boleh beli di farmasi atau secara online: Electric Blood Presssure Monitor

2. Termometer

Boleh beli di farmasi atau secara online: Jenis termometer

3.Oximeter

Boleh beli di farmasi atau secara online: Fingertip Pulse Oxymeter

-Duduk tegak, peha dan lutut 90 darjah dengan SPO2 dijari. Mulakan jam randik.

-Bangun dengan tegak dan duduk semula. Ulang sehingga seminit. Tanda oksigen bahaya adalah apabila bacaan oximeter menurun 3& dan terdapat sesak nafas.

-Minta bantuan untuk mengira kadar pernafasan. Gunakan jam randik untuk kira pernafasan dalam masa seminit. Tahap sederhana apabila Oximeter 93-94% dan nafas 21-30 minit.

-Tahap teruk dan bahaya adalah oximeter kurang dari 93 dan nafas lebih dari 30 seminit.

*Pastikan kita ada semua kelengkapan perubatan ini di rumah bagi memudahkan proses rawatan dan pantauan kesihatan diri sendiri ya.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×