Ini pembunuh senyap covid!
Saban hari, kes jangkitan Covid-19 semakin merisaukan. Ini juga termasuk kes-kes jangkitan yang tidak menunjukkan sebarang simptom oleh kerana jangkitan virus varian baharu. Salah satu simptom yang dikatakan menjadi ‘pembunuh senyap’ adalah Happy Hypoxia yang terjadi kerana kekurangan oksigen dalam badan. Mungkin ramai yang tidak sedar tetapi anda kena ‘alert’ dengan kondisi sebegini! Jom baca penjelasan dari pakar.
Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?
Tahu tak apa itu Happy Hypoxia? Happy bukan maksudnya gembira? Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.
Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.
Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.
Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.
Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia?
Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.
Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.
Bantu saya sebarkan dalam semua platform media sosia tentang info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi.
Sumber: Dr. Samhan