Sihat

Batuk Tak Henti Sampai Berjam-Jam, Ini Kesan Varian Lambda ‘Kebal’ Vaksin

103
SHARES

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kewujudan varian baharu selain Delta iaitu varian Lambda. Varian ini dipercayai pertama kali dikesan di negara Peru dan terbaharu dikesan pula di pintu antarabangsa Jepun dan Filipina.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum mengesan kemasukan varian Lambda ke Malaysia buat masa ini, kata Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, KKM akan terus meningkatkan usaha pelaksanaan penjujukan genomik penuh bagi mengesan sebarang varian membimbangkan sebagai usaha membendung penularan varian tersebut.

Baca juga: Alat Perubatan Wajib Ada Di Rumah Untuk Home Quarantine

BATUK TERUK BERPANJANGAN TANPA HENTI

Menerusi perkongsian seorang doktor di laman Facebook, beliau menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai varian yang digeruni ramai ini. Bukan itu sahaja, nasihat juga dititipkan buat orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jangan degil untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sila pakai mask apabila keluar dari rumah. Pakai mask dengan betul. Pakai double mask lebih baik, atau pakai mask dan shield. Dan sila jaga jarak anda. Dikhabarkan sudah ada lambda variant dikesan di Jepun dan melibatkan pesakit berumur 30-an.

Varian lambda atau C.37 ini lebih ganas dari varian delta. Ianya lebih cepat merebak dan menyebabkan simptom yang lebih teruk

-Demam yang sangat tinggi, boleh dirasa panasnya hanya dengan menyentuh dahi dan dada.

-Batuk yang teruk dan berpanjangan, boleh melebihi sejam tanpa henti

-Hilang deria rasa dan bau yang ekstrim

Kes pertama lambda dikesan di Peru dan menyebabkan banyak kematian. Merisaukan adalah varian delta dan lambda sudah mudah menyerang golongan muda 20,30,40,50 tahun. Tolonglah jangan sesekali tanggalkan face mask apabila keluar rumah. Nak makan di restoran? Boleh tunggu dulu rasanya kan.

SIMPTOM SELEPAS HARI KE-5

Kerana varian lambda ni nampaknya sedikit kebal vaksin. Masih boleh tapau makanan dan makanlah di rumah. Lebih selamat. Varian delta ini, simptomnya tidak nampak awal awal, hanya beberapa hari selepas itu, boleh jadi hari ke 5, ke 10 atau ke 17 baru nampak simptomnya. Dan ianya sangat cepat menjadi teruk. Dari rasa sengal badan biasa, cirit sikit terus kepada kerosakan paru paru yang dahsyat.

Varian lambda boleh lebih ganas dari itu. Maka, berhati hatilah. Kita tak tahu siapa yang bawa virus. Kita tak tahu varian apa yang sesiapa bawa. Janganlah kita terbawa balik virus ke rumah pula.

Dr. Erna Nadia, disiplin untuk patuhi SOP ini bukan semua orang boleh ikut, disuruh jangan buat maksiat pun masih engkar, di suruh solat pun ramai culas.

Sumber: Dr. Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×