Rakyat

Dahlah Tolak Vaksin, Bangga Pula Tu ‘Lepas’ Bawa Anak Dine-In..

55
SHARES

Semakin banyak kelonggaran yang diumumkan kerajaan untuk Fasa 1 dan antaranya adalah membenarkan aktiviti dine-in di restoran di negeri-negeri Fasa 1 berkuasakuasa 20 Ogos 2021 yang lepas. Nampaknya kelonggaran ini telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai, ada yang setuju dan ada juga dalam kalangan kita yang tidak setuju kerana rasa ia terlalu berisiko.

Walau bagaimanapun, kebenaran itu tertakluk pada SOP di mana pemilik kedai makan perlu memeriksa sijil digital vaksin memastikan individu terbabit telah menerima vaksinasi lengkap sebelum membenarkan mereka makan di restoran secara dine-in.

Baca juga: Ibu Anti-Vaksin Gesa Anak Disuntik Vaksin Ketika Di Ambang Maut

“Saja nak test, saya buat social experiment“

Namun, seperti yang kita tahu bukan semua dalam kalangan kita yang mahu menerima vaksin dengan sukarela. Ada juga yang menolak suntikan vaksin mungkin atas dasar kepercayaan dan sebab tersendiri. Setelah diumumkan oleh kerajaan semua individu yang hendak memasuki premis perniagaan, kedai makan serta masjid memerlukan 2 dos yang lengkap, ada pula yang cuba untuk ambil kesempatan.

Menerusi paparan tangkap layar yang dimuat naik di Twitter, seorang wanita dilihat berkongsikan hasil ‘social experiment’ yang dilakukannya baru-baru ini untuk mendapatkan perkhidmatan runcit dan dine-in tanpa mendapatkan suntikan vaksin. Menurut wanita tersebut, tiada sebarang semakan sijil digital vaksin dilakukan sebelum dia dibenarkan memasuki mana-mana premis berkenaan.

‘DAHLA TAK AMBIK VAKSIN, BANGGA DEKAT SOCIAL MEDIA PULAK TU’

Bagaimanapun suaminya dikatakan gagal untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di dua buah kedai atas alasan yang sama, sebelum berjaya dalam cubaan yang ketiga.

Berjaya melepasi ‘halangan besar’ untuk golongan anti-vaksin, wanita tersebut dilihat berbangga berkongsikan kelicikannya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

“Dah la tak ambil vaksin, siap post dekat social media pula tu”

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen ‘panas’ dengan tindakan wanita tersebut yang secara terang-terangan melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan membahayakan keselamatan lain. Semoga kita semua bertanggungjawab atas tindakan kita sendiri, jangan susahkan orang lain ya!

Sumber: Twitter @pedoqpop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×