Sihat

Ibu Anti-Vaksin Gesa Anak Disuntik Vaksin Ketika Di Ambang Maut

47
SHARES

Selain dari perjuangan kita melawan wabak Covid-19, kita juga tidak ketinggalan dalam ‘melawan’ golongan anti-vaksin iaitu mereka yang tidak mahu menerima suntikan vaksin. Hal ini agak merisaukan kerana jalan keluar untuk gelombang wabak pandemik ini adalah hanya melalui suntikan vaksin yang boleh memberi immuniti dalam badan.

Baca juga: Batuk Tak Henti Sampai Berjam-Jam, Ini Kesan Varian Lambda ‘Kebal’ Vaksin

IBU ANTI-VAKSIN GESA ANAK DISUNTIK DI AMBANG MAUT

Terbaharu, di Washington, Amerika Syarikat,  seorang wanita warga Texas yang sebelum ini enggan terima vaksin COVID-19, menggesa empat anaknya disuntik, ketika berada di ambang maut akibat wabak itu.

Kematian guru piano, Lydia Rodriguez, 42, di bandar kecil La Marque pada Isnin lalu berlaku dua minggu selepas suaminya, Lawrence, 49, meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Sepupunya, Dottie Jones, memberitahu stesen televisyen tempatan, ABC123 bahawa pasangan itu tidak percayakan vaksin dan sudah terlalu lewat ketika Rodriguez mengubah fikiran.

“Sebelum dia dimasukkan saluran pernafasan, antara perkara terakhir dimaklumkan kepada kakaknya adalah ‘tolong pastikan anak saya divaksin’.Dia pasti masih bersama anak-anaknya jika menerima vaksin sebelum ini,” katanya.

Pasangan itu adalah antara puluhan juta rakyat Amerika Syarikat (AS) yang masih belum menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, ketika varian Delta menular dengan pantas di seluruh negara itu.

Tanda-Tanda Varian Delta

Menurut petikan Berita Harian, setakat ini, hanya 59.6 peratus rakyat AS yang layak sudah menerima vaksin lengkap, ketika kempen imunisasi besar-besaran yang digerakkan kerajaan berdepan tentangan di negeri konservatif seperti Texas.

Di Texas, varian Delta kini menjadi strain dominan dan jumlah kes kematian melonjak dengan ketara, kebanyakannya dalam kalangan penduduk yang belum menerima vaksin. Susulan lonjakan kes, pihak berkuasa AS meluluskan pemberian suntikan dos ketiga sebagai penggalak untuk semua penduduk dewasa negara itu, yang akan bermula hujung bulan depan.

Jones, yang juga seorang jururawat, berkata beliau dicuba meyakinkan Rodriguez untuk mendapatkan suntikan, namun tidak berjaya.

“Saya sangat kecewa apabila orang ramai masih percayakan maklumat salah yang sedang disebarkan. Maklumat salah ini meragut nyawa orang dan kita perlu menyebarkan kebenaran,” katanya. – AFP

*Jadi, jangan lupa untuk dapatkan suntikan dos vaksin ya semua!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×