Rakyat

Individu Hilang Status Vaksinasi Lengkap Boleh Makan Di Kedai- KJ

26
SHARES

Individu yang kehilangan status vaksinasi lengkap dalam aplikasi MySejahtera masih boleh melakukan aktiviti dibenarkan seperti individu yang menerima vaksinasi lengkap.

Antara aktiviti yang dibenarkan dalam operasi prosedur standard (SOP) baharu itu ialah menjamu selera atau dine-in di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat, lapor BH Online.

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid-19, Lega!

BOLEH MAKAN DI KEDAI WALAUPUN HILANG STATUS VAKSINASI LENGKAP

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bermula Jumaat ini jika individu itu belum menerima dos penggalak, mereka akan kehilangan status vaksinasi lengkap dalam MySejahtera.

“Mereka membabitkan penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas. Bagaimanapun, maklumat sejarah vaksin primer itu kekal dalam aplikasi MySejahtera,” jelasnya.

Vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac), individu berkenaan mestilah sudah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Manakala bagi vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mesti melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan.

Beliau turut menegaskan, melalui pemakluman SOP terbaharu ini tidak bermaksud penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin berusia 60 tahun dan ke atas tidak perlu mendapatkan dos penggalak.

“Data penilaian yang dijalankan dalam kalangan penerima vaksin di Malaysia mendapati tahap perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 menurun sehingga 20 peratus bagi dua dos vaksin Pfizer dan 48 peratus bagi dua dos vaksin Sinovac dalam tempoh tiga ke lima bulan selepas vaksinasi primer.

“Pengambilan dos penggalak akan meningkatkan semula paras antibodi dalam tubuh, seterusnya mengurangkan risiko gejala teruk akibat jangkitan COVID-19,” ujarnya.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×