Sihat

Cara Nak Pastikan Wanita Suci Dari Haid Guna Cotton Pad, Tak Rasa Waswas!

9
SHARES
tanda suci dari haid

Perkara paling penting untuk setiap wanita ambil tahu ketika datang haid adalah waktu dan tanda suci dari haid tersebut. Hal ini kerana, bila anda semak dengan betul bahawa badan sudah suci dari haid, anda boleh kembali solat dan beribadah seperti biasa.

Ada satu cara yang dikongsikan ini boleh menjadi rujukan untuk anda periksa sama ada sudah suci dari haid atau belum menggunakan cotton pad. Bagaimana? Jom baca caranya di bawah.

Baca juga: Cara Pilih Bingkai Cermin Mata Ikut Bentuk Muka, Barulah Cun!

CARA CHECK TANDA SUCI DARI HAID GUNA COTTON PAD

tanda suci dari haid

1.Ambil cotton pad yang selalu guna untuk muka dan masukkan sedikit ke dalam lubang faraj.

2.Jika kapas itu menjadi warna kekuningan walaupun secair mana pun, tetap tidak suci dari hadas lagi.

3.Namun, jika kapas masih sama putih seperti warna asal, itu bermakna anda sudah suci dari hadas. Ini bermakna anda dah suci dan boleh mandi wajib serta kembali beribadah seperti biasa.

4.Tapi, kalau dah 15 hari waktu haid tapi masih belum suci, anda kena juga mandi wajib dan solat kerana itu sudah dikira sebagai darah istihadah

Selain menggunakan kaedah seperti di atas, di bawah ini kami senaraikan beberapa langkah untuk anda pantau haid sendiri:

-Gunakan kalendar: Tanda hari pertama hingga penghujung haid dengan pen berwarna merah.

-Gunakan aplikasi atas talian: Ada banyak aplikasi yang dapat membantu anda memantau haid sendiri.

tanda suci dari haid

*Penting untuk anda pantau haid anda selama 3 bulan berturut-turut. Selepas itu, anda akan dapat mengagak masa haid seterusnya bakal tiba dan juga tanda habis haid. Barulah kita boleh terus beribadah dengan tenang!

Baca juga: Petua Kulit Cantik Tanpa Cela Guna Pegaga & Nasi Kisar, 100% Berkesan!

Sumber: Lemon8 @fatmustaza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×