Nur

Ramai Pernah Rasa Tanda-Tanda Penyakit Ain Tapi Tak Sedar, Rupanya Anda ‘Mangsa’!

17
SHARES
tanda penyakit ain

Selain dari penyakit yang boleh dikesan melalui rawatan medikal, ada juga penyakit yang berunsurkan kerohanian dan hanya boleh diubati dengan amalan agama iaitu penyakit ain. Banyak tanda penyakit ain yang anda kena perhatikan supaya sentiasa peka.

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Tak kiralah orang yang memandang itu jahat, orang yang dengki atau orang yang soleh sekalipun, penyakit ‘ain ini boleh datang dari sesiapa sahaja.

Baca juga: Tular Dua Wanita Langkah Kubur Sambil Gelak Ketawa, Ustaz Jelas Hukum

TANDA PENYAKIT AIN ANDA KENA TAHU

tanda penyakit ain

Menurut Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit ‘ain adalah thabit (kukuh) di dalam nas-nas syara’. Allah SWT berfirman:

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ

Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian)- Surah al-Qalam (51)

Menerusi firman Allah di atas, Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)

Menerusi ayat ini, jelaslah bahawa sasaran serta pengaruh ‘mata’ adalah benar-benar nyata kewujudannya atas perintah Allah SWT. Berikut merupakan antara tanda yang perlu diawasi kalau mengalami penyakit ‘ain:

1. Rasa sakit kepala yang berpindah-pindah dan bertambah sakit ketika diruqyah.
2. Wajah menguning atau pucat.
3. Banyak keringat dan buang air kecil.
4. Tidak bersemangat.
5. Tangan dan kaki kesemutan.
6. Badan terasa panas (gerah) meskipun cuaca tidak panas.
7. Jantung berdetak cepat.
8. Rasa sakit yang berpindah-pindah antara leher dan punggung.
9. Sedih tanpa sebab.
10. Susah tidur di malam hari.
11. Emosi tidak stabil, marah yang meledak-ledak atau muncul rasa takut yang berlebihan tanpa sebab.
12. Sering mimpi buruk.
13. Sering sendawa dan menguap.
14. Rasa sempit (sesak) di dada.
15. Ujung-ujung mata terasa sangat pedih.
16. Tiba-tiba menangis dan mengeluarkan air mata tanpa sebab yang jelas.
17. Jari jari gemetar dan bergerak-gerak sendiri.
18. Kejang otot.
19. Merasa lemas dan lemah.
20. Kadang-kadang muncul rasa dingin di ujung-ujung jari.
21. Muncul bekas warna kebiruan atau kehitaman tanpa sebab medis.
22. Kehilangan harta dan barang dagangan (bisnes hancur).
23. Dibenci oleh keluarganya, teman-temannya dan orang-orang yang mengenalnya.
24. Kehilangan kedudukan, jabatan dan pekerjaan.

Tanda-tanda ini akan ditemukan semua atau sebahagiannya bergantung kekuatan pengaruh Ain tersebut dan jumlah orang yang melakukannya. Memetik kata dari pendakwah Ustaz Hadi Talhah, penyakit ‘ain bukanlah perbuatan sihir. Berbanding sihir yang melibatkan angkara manusia dan syaitan, penyakit ‘ain pula timbul dari pandangan mata seseorang kepada orang lain.

*Tak payahlah nak iri-iri hati kan? Semua ada kehidupan yang ditentukan oleh Allah SWT, jadi bersyukurlah..

penyakit ain

Baca juga: Hukum Geng Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Anu’ Kawan, Jangan Sampai Kena Tumbuk!

Sumber: Kashoorga,

Foto: Beth Hoeckel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×