Famili

Bila Isteri Asyik ‘Catu’ Tidur, Suami Kena Peka Dengan 9 Tanda Amaran Ini

13.6K
SHARES
tanda kekurangan tidur

“Sejak ada baby ni, aku rasa isteri aku dah banyak berubah. Ini tak kena, itu tak kena. Apa salah aku?  Tension betul bila balik rumah…”

Kehadiran bayi tentunya menjadi satu perkara yang sangat dinantikan bagi kebanyakan pasangan. Namun kadangkala apa yang berlaku selepas itu berada di luar jangkaan. Malah, ia mungkin menjadikan hidup seorang ibu berubah 360 darjah.

Dengan nak berpantang, nak uruskan bayi, nak buat kerja-kerja di rumah, pasti para ibu mudah berasa lesu. Ragam anak kecil juga berbeza-beza, ada yang tak suka tidur siang, ada yang kerap terjaga malam, ada yang tak mahu diletak. Semua ini boleh menggangu rutin harian isteri hingga menyebabkan isteri tak cukup tidur.

Sindrom tak cukup tidur boleh menjadikan keletihan ibu memuncak sehingga menyebabkan perubahan emosi serta kemerosotan kesihatan fizikal yang ketara. Ini antara tanda isteri anda mengalami sleep deprivation atau kekurangan tidur yang serius.

9 Tanda ‘Amaran’ Suami Perlu Peka Bila Isteri Tak Cukup Tidur

1. Asyik Menguap / Terlelap

Kalau mengantuk ditahan-tahan, pasti kita terus menerus menguap. Minum kopi tak jalan, makan snek pun masih mengantuk.

Kalau nampak isteri menguap terlalu kerap, itu tandanya kualiti tidur mereka menurun dan badan tidak mendapatkan rehat yang cukup. Kalau tertidur masa duduk tak buat apa-apa tu tak apa lagi. Tapi kalau terlelap masa tengah pegang baby atau tengah memandu, kan ke haru?

Jadi, suami janganlah buat-buat tak tahu saja kalau nampak isteri sering menguap dalam 1-2 hari kebelakangan ini ya.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. Mudah Lupa

Rasa macam kelakar, tapi penyakit lupa ini boleh menjurus kepada bahaya tau. Mana tidaknya, banyak perkara yang perlu diingat semenjak sibuk menguruskan bayi.

Bayangkan kalau isteri lupa tutup api gas, lupa ambil anak balik sekolah, atau lupa temujanji di klinik. Ini semua boleh memberi impak yang serius, bahkan boleh mengorbankan nyawa.

3. Makin Cuai

Semua orang mudah menjadi cuai atau kalut ketika kekurangan tidur. Ini kerana, minda sukar untuk memfokuskan pada perkara yang penting.

Tengok saja contoh kes-kes ibu tertinggal anak dalam kereta. Mungkin ada yang rasa macam tak masuk akal kan? Tapi hal ini memang boleh berlaku, terutamanya apabila fikiran tengah berserabut.

bosan di rumah

Foto Kredit: shutterstock.com

4. Cepat Melenting

Jangan asyik salahkan isteri kalau mereka mudah naik angin atau berperangai ‘pelik’ sejak akhir-akhir ini. Sebaliknya, cuba periksa sama ada anda ada tolong buat kerja rumah atau jaga anak. Semua kerja ini selalu dipandang remeh oleh kaum lelaki. Tapi tahukah anda bahawa semua tanggungjawab ini amat berat jika dipikul oleh isteri seorang diri.

Isteri baru nak lelapkan mata, anak dah menangis nak menyusu. Kejap lagi minta didodoi dan ditukar lampin. Menyusu badan pula setiap 2-3 jam sekali. Macam mana nak dapatkan tidur yang cukup? Di rumah pula anak tak berhenti menangis dan tak mahu tidur walaupun dah bermacam-macam cara dicuba. Sesiapa pun boleh hilang sabar kalau tak kena cara. Selagi kita tak menghadapinya sendiri, kita takkan tahu bagaimana rasanya.

Foto Kredit: onlyyouforever.com

5. Tak Bersemangat

Suami kena bezakan sleep deprivation seorang isteri dengan tabiat malas. Kekurangan tidur sehingga letih boleh memudaratkan sehingga dapat mengurangkan kualiti hidup seseorang. Mereka rasa kurang bersemangat, lesu dan tawar hati nak buat apa-apa.

Perkara ini juga boleh menjadi punca seseorang mengalami kemurungan. Kemurungan lepas bersalin atau pospartum depression memang benar-benar berlaku pada ramai wanita. Jadi, ambil tindakan jika anda mengesyaki perubahan pada sikap isteri anda.

isteri berhenti kerja

Foto Kredit: thechart.blogs.cnn.com

6. Susah Tidur Malam

Sejak bergelak ibu, sesetengah wanita dahpun lupa akan nikmat sebenar tidur yang berkualiti. Tidur yang sering terganggu ini boleh berubah kepada insomnia iaitu kesukaran untuk tidur pada waktu malam.

Sekiranya para ibu sudah mencapai tahap insomnia, itu bermakna minda sudah terlatih untuk kekal aktif walaupun ada keinginan dan peluang untuk tidur. Makin sukarlah para ibu untuk mendapat rehat secukupnya!

http://www.ahchealthenews.com/

7. Bertambah Berat Badan

Orang selalu kata kalau naik berat badan tu tandanya bahagia kan? Tapi menurut Medical News Today, peningkatan selera makan dan ‘craving’ kepada karbohidrat seperti roti, donat, dan biskut adalah antara simptom kekurangan tidur.

Sleep deprivation ini mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Paras hormon yang membuatkan kita asyik nak mengunyah juga akan meningkat.

Oleh itu, jangan salah faham kalau nampak isteri mula naik berat badannya. Dia mungkin lebih stres berbanding apa yang anda jangkakan.

berat badan bertambah

Foto Kredit: healthcarepromotion.net

8. Tak Ada Mood Untuk ‘Bersama’

Bila diminta bersama, isteri asyik menolak. Fahamilah bahawa ini salah satu simptom kekurangan tidur yang mula menunjukkan kesan.

Menurut sumber saintifik, kekurangan tidur juga akan mengurangkan kemahuan terhadap hubungan seksual, terutamanya di kalangan wanita. Yalah, bila dah mengantuk sangat, banyak kerja yang tertunggak, minda berserabut dan terlalu penat susahlah nak datangkan mood untuk fokus tentang ini kan?

punca susah hamil

Foto Kredit: fullhealthsecret.com

9. Emosi Anak Terjejas

Tidur yang berkualiti adalah penting agar ibu dapat menjaga anak dengan lebih waspada dan penuh kasih sayang setiap hari. Namun, kekurangan tidur dapat membuatkan para ibu mengalami ‘brain fog’ atau minda yang bercelaru sehingga tidak mendapat keputusan yang baik.

Walaupun untuk perkara yang kecil, keputusan yang dibuat oleh ibu semasa mengantuk dapat memberi kesan negatif kepada anak. Bahkan jika dibiarkan berterusan, ia boleh memberi impak buruk kepada emosi si kecil.

sakit kaki pada anak

Suami Jangan Ambil Mudah Tugas Di Rumah

Sebagai suami, janganlah terlalu memandang ringan tugas-tugas di rumah walaupun macam mana sibuk pun anda dengan urusan di pejabat. Memanglah rasa penat dan kurang tidur ini adalah perkara biasa, namun ia perlu diberi perhatian supaya tidak melarat.

Sesekali, berilah peluang mereka berehat atau bercuti supaya minda isteri lebih tenang dan ceria. Percayalah, anda pasti akan melihat perbezaannya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×