Famili

Kenapa Patut Biarkan Isteri Tertidur Dalam Kereta Masa Suami Drive

2K
SHARES

“Awak ni asal masuk kereta je tidur, tak membantu orang memandu langsung”

Apabila berada dalam perjalanan yang dekat atau jauh, kadangkala suami akan membebel kerana si isteri pasti akan tertidur sebaik sahaja kereta bergerak. Tahukah anda si suami semua bahawa inilah masanya untuk si isteri berehat? Jom kita baca nasihat yang diberikan oleh si suami ini kepada kita semua.

Kenapa Patut Biarkan Isteri Tertidur Dalam Kereta?

Mulanya nampak isteri tertidur saya akan tersenyum sorang-sorang sebab geli hati asal naik kereta mesti tidur.. tapi lama kelamaan jadi kesian. Kesian kerana saya tahu dia sedang KEPENATAN !

Sebab itu kalau saya nampak isteri tidur saya tak akan kacau dia, saya akan pandu kereta se-slow yang boleh supaya dia tak terkejut. Biarlah kereta belakang nak hon ke beam lampu ke saya tak kisah. Jika itu caranya untuk kembalikan tenaga isteri maka itu lah yang akan saya buat, walaupun terpaksa tahan malu dan tahan di maki pemandu lain. Bukan nak manjakan tapi saya tak mahu berkira tidur dengan isteri..

Saya tahu dia bukan suka suka tidur dalam kereta, bukan tak mahu teman kita memandu. Sebenarnya mata mereka yang tertutup sendiri bukan suka suka tutup. Ini kerana dalam kereta adalah waktu yang paling tenang dan relax bagi kaum ibu.. seperti berada di pulau..

Sebab apa saya kata begitu?

Sebab bila berada di dalam kereta mereka tak nampak timbunan baju yang belum di lipat, baju kotor dalam bakul, mainan yang berselerak dan sinki yang penuh pinggan mangkuk.

Di rumah sukar untuk mereka berehat kerana setiap kali nak lelapkan mata teringat kerja rumah, baru nak terlena anak pula menangis. Selagi berada di rumah minda mereka stuck dekat mode bekerja. Hanya di dalam kereta sahaja ‘Mind Of State’ mereka boleh tukar ke mode berehat. Barulah minda dan badan mereka boleh rehat dan recharge. Sebab itu ada masa isteri akan ajak kita keluar jalan-jalan sebab nak berehat dalam kereta.

Saya seru para suami di luar sana, jangan lah kita sindir isteri yang mudah tertidur dalam kereta, biarkan dan sokong mereka tidur kerana itu sahaja masa rehat yang mereka ada. Sampai di rumah nanti mereka dah tiada masa rehat. Bila terlalu penat minda mereka boleh ‘Lost’ dan melepaskan kepenatan kepada anak-anak, suami dan masakan. Mula lah anak selalu kena tengking, suami kena bebel hal kecil je dan masakan jadi tawar kerana deria rasa dah terganggu.

Apa lah sangat lelap 5 minit dalam kereta jika boleh kembalikan tenaga untuk 5 jam. Tuan tuan, kalau nampak isteri sedang tak keruan dan bad mood sepanjang hari itu adalah tanda mereka sedang kepenatan. Bawa lah mereka jalan-jalan naik kereta supaya mereka boleh kembali bertenaga dan masak lebih sedap..

Tahu betapa sukarnya ada minda seorang wanita, lelaki kalau nampak baju bertimbum masih boleh baring lagi tapi isteri sesak mata nampak baju tak lipat tu.

P/s : Isteri pasti tahu apa yang berlaku pada diri tapi selalunya tak pandai nak luahkan pada pasangan, share je post ini agar mereka faham atau tag nama pasangan nanti pandailah mereka baca.

Sumber : Mohd Fhais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×