Pantang

“Fitnah Makanan,Ini Bukan Cara Berpantang”-Doktor Ini Dedah Isu Petua Merepek Ketika Berpantang

133
SHARES

Proses berpantang selepas bersalin sudah sinonim dalam kalangan masyarakat kita khususnya bagi orang Melayu. Sejak zaman dahulu lagi, bermacam-macam jenis pantang larang dan petua sudah diamalkan supaya tahap kesihatan wanita selepas bersalin berada dalam kondisi yang stabil.

my.theasianparent.com

Namun apa yang merunsingkan adalah kewujudan petua-petua yang ‘merepek’ di dalam media sosial. Kewujudan petua-petua sebegini boleh mengelirukan pengguna media sosial khususnya ibu-ibu yang selepas bersalin tu.

Seperti apa yang dimuat naik oleh Dr. Rafidah Abdullah di laman Facebooknya yang menyangkal salah satu informasi mengenai pantang selepas bersalin yang dijumpai di media sosial. Jom kita baca penjelasan dari pakar mengenai isu ini.

PENJELASAN DR. RAFIDAH MENGENAI PANTANG PEMAKANAN KETIKA BERSALIN

Pantang dalam pemakanan?

MasyaAllah ini bukan caranya nak berpantang.

INI TIDAK BETUL!

www.facebook.com/rafidah72

1. Pemakanan di kira dengan jumlah kalori sehari dan diimbangkan dengan penggunaan kalori tersebut. Kalau nak lebih jelas, boleh guna apps myNutriDiari atau MyFitnessPal

2. Jangan lah fitnah bahan-bahan yang tersenarai disini. Kebanyakannya elok kesemuanya.

3. Bila anda makan makanan apa pun ianya “bertemu” didalam perut. Tak ada fakta atau kajian yang menunjukkan benda mengarut sebagaimana yang tersenarai disini.

Saya mohon yang nampak mesej ini, kawal jari jemari anda. JANGAN copy paste forward. Nak berpantang makan, memang elok lah tu; buat cara no 1.

BUKAN dengan cara ini.

Sumber: Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×