Asuh

5 Sebab Bayi Kekurangan Kalsium, Meskipun Menyusu Ikut Jadual

136
SHARES
bayi kekurangan kalsium

“Apa yang tak kena dengan Nurul ni. Sejak akhir-akhir ni tak boleh tidur lena padahal dah menyusu.”

“Badan menggigil semacam je, tangan kaki terketar-ketar macam nak kena sawan. Salah baring, mesti menangis macam sakit sangat. Tak pernah pula jadi kat anak yang sulung dan kedua. Ish risaunya sebab pertama kali tengok simptom macam ni kat bayi”

Simptom-simptom seperti di atas berikut adalah tanda bayi kekurangan kalsium. Ia mungkin tidak nampak ketara scara fizikal, tetapi ia mampu mengganggu perkembangan dan kesihatannya.

Adakah normal jika bayi kekurangan kalsium dalam badan?

Kekurangan kalsium adalah perkara biasa yang terjadi di kalangan bayi. Biasanya doktor akan menasihati ibu menukar diet sedia ada kepada yang disarankan oleh doktor.

Tetapi ada juga kes kekurangan kalsium pada bayi yang boleh menyebabkan kematian. Sebab itu penting untuk ibu mengetahui setiap makanan yang diberikan pada bayi adakah cukup sumber kalsium yang diperlukan memandangkan kalsium adalah antara nutrisi yang sangat penting untuk perkembangan tulang bayi.

Kenapa Bayi Menangis

Foto Kredit: 123rf.com

Bagaimana mungkin bayi kekurangan kalsium walaupun menyusu mengikut masa?

1. Penyakit Kencing Manis Ibu Hamil

Jika ibu menghidap kencing manis ketika hamil, maka anak berpotensi kekurangan kalsium dalam badan.

2. Komplikasi Semasa Bersalin

Sewaktu proses bersalin, ibu mungkin mengalami masalah seperti bayi kekurangan oksigen dalam badan.

3. Pengaruh Ubat-ubatan Semasa Mengandung

Sewaktu hamil, ibu ada mengambil ubat Gentamicin. Ubat ini boleh menyebabkan bayi kurang kalsium.

Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat

Dapatkan nasihat doktor sebelum makan apa-apa ubat

4. Ibu Kurang Mendapatkan Sumber Kalsium

Ibu kurang vitamin D dalam badan menyebabkan bayi turut menerima kesan yang sama.

susu lembu atau susu kambing

Foto Kredit: mombaby.tw

5. Lahir Bayi Pra-matang

Bayi lahir kurang matang berpotensi kekurangan kalsium.

Proses kelahiran bayi

Foto Kredit: theguardian.co.uk

Apa yang boleh dilakukan kepada bayi yang kekurangan kalsium?

1. Menukar diet bayi

Jika bayi kekurangan kalsium akibat kurang menyusu, pastikan anda menyusukannya dengan lebih kerap. Teruskan memberi susu badan walaupun anda mengalami kesukaran pada awalnya. Ia akan menjadi lebih mudah  dari semasa ke semasa.

menyusu di tempat awam

Foto Kredit: flickriver.com

2. Jemur bayi pada cahaya matahari
Sebaiknya cahaya matahari pagi kerana ia tidak begitu terik. Cahaya matahari membantu meningkatkan vitamin D dalam badan bayi dan memudahkan penyerapan kalsium.

bayi kekurangan kalsium

Foto Kredit: bellybelly.com.au

3. Kurangkan susu lembu dan seumpamanya
Sebaiknya, beri susu badan pada bayi kerana ia cukup kandungan nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Jika terpaksa memberi susu formula kepada bayi kekurangan kalsium, cuba berikan susu kambing sebagai alternatif.

susu lembu atau susu kambing 2

Foto Kredit: sammysmilk.com

4. Dapatkan rawatan
Biasanya doktor akan menyediakan susu khas yang tinggi kalsium untuk bayi. Dapatkan nasihat pakar untuk rawatan yang lebih spesifik.

Bukan sahaja bayi terjejas akibat kekurangan kalsium,

Orang dewasa juga turut terkesan jika kekurangan kalsium dalam badan memandangkan ia adalah antara sumber nutrisi yang penting untuk meningkatkan fungsi kesihatan badan.

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat sepanjang proses kehamilan, serta selepas melahirkan. Ianya amat penting untuk kesihatan anda termasuklah bayi anda!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×