Dapur

Tambat Hati Suami Dengan Sediakan 5 Jenis Lauk Yang Sesuai Dijadikan Bekal Ke Pejabat!

408
SHARES

“Abang nak makan apa hari ni? Saya nak masak bekal untuk ke pejabat…”

Bertuah betul ada isteri yang tanya soalan macam ni kan? Mana tidaknya, sanggup bangun awal pagi untuk masak lauk bekal untuk suami bawa ke pejabat. Barulah makanan yang suami makan tu terjamin bersih dan menyihatkan! Khas untuk para isteri yang tak tahu lauk apa yang nak masak untuk suami tu, jom cuba 5 jenis resipi ini!

1. LEMON CHICKEN

Ayam lemon adalah antara menu yang mendapat perhatian ramai sejak ia diperkenalkan. Mudah, sedap dan sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa, masakan ini pasti akan menambat hati si suami. Mana tahu, tak cukup bekal yang diberi kepada suami tu, kena siap nasi tambah pula!

Resipi lemon chicken : http://myresipi.com/recipes/lemon-chicken

2. Sardin Goreng Taucu

Takkanlah nak sediakan sardin biasa sahaja untuk suami bawa bekal ke pejabat kan? Apa kata anda ubah sedikit masakan sardin dengan menjadikannya masak taucu. Tahan lama dan tidak menjemukan, lauk ini memang sangat sesuai untuk dijadikan bekal bersama nasi kerana nak makan pun mudah.

Resipi sardin goreng taucu : http://myresipi.com/recipes/sardin-goreng-taucu

3. Ayam paprik

Siapa yang tak tahu masakan paprik ni kan? Memang popular di restoran-restoran Thai, masakan ayam paprik ini bukan sahaja mempunyai rasa yang kena dengan tekak orang Malaysia, malah masakan ini sangat praktikal untuk dimakan tidak kira masa. Kalau si suami suka masakan pedas, menu ayam paprik ini pasti menjadi kegemaran mereka!

Resipi ayam paprik : http://myresipi.com/recipes/ayam-paprik

4. SAMBAL SOTONG

Antara yang menjadi kegemaran ramai adalah sambal sotong! Boleh dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih biasa, lauk sambal sotong ini juga sangat sesuai untuk jadikan lauk bekal untuk si suami. Memang suami tak akan makan luar lah kalau anda sediakan menu untuk untuk mereka.

Resipi sambal sotong : http://myresipi.com/recipes/sambal-sotong-

5. DAGING MASAK KICAP PEKAT

Salah satu lagi resipi yang mudah disedikan untuk suami bawa bekal ke pejabat adalah daging masak kicap. Menu ini juga sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa. Yang paling penting sekali, daging masak kicap ini merupakan antara lauk yang susah nak basi tau!

Resipi daging masak kicap pekat : http://myresipi.com/recipes/daging-masak-kicap-pekat

Sumber: MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×